Make your own free website on Tripod.com
Laman Buku

Amazon.com

Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia (English version, click here)

Pengarang: Mahdi Shuid & Mohamad Fauzi Yunus
Penerbit: Longman
Tebal: 168 halaman
Harga: RM15.90
Buku rujukan khas untuk kertas wajib "Pengajian Malaysia" bagi intitusi pengajian swasta (IPS) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Juga rujukan bagi sejarah Malaysia untuk pelajar dan pembaca umum. Skop meliputi sejarah purba, tradisional, moden dan isu-isu semasa. Kelarisannya menyebabkan ia turut diterjemahkan ke dalam versi bahasa Inggeris oleh penerbitnya.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi inquiry@pearsoned.com.my atau, klik di sini 

Sejarah Tingkatan Satu Sejarah Tingkatan Satu Sejarah Tingkatan 1 (Sukatan 2003)

Pengarang: Mahdi Shuid & Mohamad Fauzi Yunus
Penerbit: Pearson Education (Longman)
Tebal: 212 halaman
Ukuran: 15.6 cm X 23.1 cm (6" X 9")
Tahun Terbitan: 2003
Harga: RM10.95 
Buku rujukan dan ulangkaji Sejarah Tingkatan 1 Sukatan Baru 2003. Lengkap dengan teknik Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), nilai, laman web yang berkaitan, gambar, nota ringkas dan soalan latihan bagi setiap bab dan kertas model. Format dan teknik persembahannya lain dari yang lain. Banyak info sejarah yang mengandungi maklumat tambahan yang mesti diketahui pelajar bagi tujuan bacaan luas dan pengayaan. Semuanya dipersembahkan dalam bentuk warna-warni. Buku ini berbeza daripada buku-buku rujukan atau ulangkaji sejenis dengannya di pasaran. Malah, tidak keterlaluan apabila ada pihak mengatakan bahawa persembahan buku ini lebih baik daripada buku teks. Kandungan buku ini tetap menepati Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu 2003.  

Contoh Info Sejarah
J.W.W Birch - Nama sebenar beliau ialah James Wheeler Woodford Birch. Beliau adalah Residen pertama British di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874. Beliau menyandang jawatan tersebut pada 4 November 1874. Akibat sifatnya yang bongkak dan tidak menghormati adat istiadat Melayu serta pembaharuan yang dilakukan di Perak, mengakibatkan beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1975 oleh pengikut-pengikut Dato' maharaja Lela.
Pentarikhan Radio Karbon - Disebut juga pentarikhan radioaktif, kaedah pentarikhan karbon atau pentarikhan Karbon 14, iaitu menentukan umur sesuatu objek atau benda dengan menganggarkan kandungan isotop-isotop radioaktifnya. Radioaktif Karbon 14 yang terhasil dalam atmosfera melalui tindakan sinaran kosmik dan terserap ke dalam tisu hidup, digunakan untuk menganggarkan umur spesimen-spesimen arkeologi yang dijumpai.

Keunggulan buku ini sukar ditandingi. Oleh sebab itu, ia laris di pasaran dan kehabisan di sesetengah kedai buku. Dapatkan segera.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi inquiry@pearsoned.com.my atau klik di sini

Sejarah PMRSejarah PMR

Pengarang: Mahdi Shuid & Mohamad Fauzi Yunus
Penerbit: Pearson Education (Longman)
Tebal: 376 halaman
Tahun Terbitan: 2001
Harga: RM15.95
Buku rujukan dan ulangkaji peperiksaan PMR. Lengkap dengan teknik Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), nilai, laman web yang berkaitan, gambar, nota ringkas Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 dan soalan latihan bagi setiap bab, kertas model PMR dan analisis soalan PMR terkini. Format dan teknik persembahannya lain dari yang lain. Banyak Info sejarah yang mengandungi maklumat tambahan yang mesti diketahui pelajar membezakan buku ini daripada buku-buku rujukan ulangkaji sejenis dengannya di pasaran. 

Contoh Info Sejarah
Laksamana Cheng Ho yang diutuskan ke Melaka adalah panglima yang beragama Islam. Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zheng He) atau nama Islamnya, Mah Po Sam telah mengetuai armada China membuat tujuh kunjungan ke tiga puluh buah negara di Dunia Melayu, Asia Selatandan Timur Tengah.

Keunggulan buku ini juga sukar ditandingi. Oleh sebab itu, ia laris di pasaran dan kehabisan di sesetengah kedai buku.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi inquiry@pearsoned.com.my atau, klik di sini 

[ Back ]