Hati-hati Dengan Happy99.exe, Musuh Baru PC

Adalah ironik bahawa cacing-cacing komputer telah masuk ke dalam Internet pada awal tahun ini dipanggil Happy99.exe. Tiada apa-apa yang lebih mengganggu selain daripada cacing atau virus yang mengancam untuk memusnahkan fungsi PC seseorang atau memusnahkan data-data yang disimpan dalam cakera keras.

Dan Happy99.exe sebenarnya mendapat tempatnya di dalam Internet dengan mengirimkan beratus-ratus salinannya sendiri menerusi e-mail attachments dan newsgroup postings.

Cacing ini dikatakan muncul buat pertama kali di Eropah dan kemudian tersebar dengan begitu cepat di Amerika Utara dan Asia.

Cacing komputer ini tidak cuba memusnahkan fail atau menjangkiti mesin tetapi mengirimkan e-mail dan newsgroup postings tanpa pengetahuan mangsanya. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menyebabkan perlahannya rangkaian atau bahkan meruntuhkan server-server e-mail korporat.

Jika anda menerima Happy99.exe menerusi e-mail anda atau newsgroup postings anda, jangan buka atau "execute" e-mail atau postings itu. Fakta bahawa fail itu disimpan dalam cakera keras tidak bermakna bahawa cacing itu semestinya aktif.

Jika anda dengan cara apa sekalipun telah "execute" Happy99.exe, di sini ialah apa yang patut anda lakukan. Ingat, bagaimanapun, bahawa langkah ini sepatutnya hanya dicubai oleh orang yang sedar sepenuhnya tentang kesan-kesan akibat menukarkan fail-fail sistem bagi Windows 95/98/NT.

Seterusnya, langkah berikut adalah baik dilakukan dalam DOS mode sahaja yang bermakna bahawa orang yang tidak biasa dengan baris-baris arahan DOS tidak sepatutnya mula mencubanya. Adalah terbaik bahawa anda biarkan sahaja pembaikpulihan itu dilakukan oleh seorang technician.

Satu perkara lagi untuk dinyatakan bahawa langkah self-help berikut diambil kira oleh pengguna PC yang dijangkiti oleh Happy99.exe sendiri. Tidak ada jaminan bahawa apa-apa yang dicadangkan di sini berjalan dengan baik pada orang lain.

Pertama, lakukan search fail dalam cakera keras PC anda untuk fail yang bernama ska.exe. Jika fail itu wujud dalam PC anda, maka Happy99.exe adalah aktif.

Seterusnya padamkan (delete) fail ska-exe. Ini menghalang cacing itu daripada mengexecute dirinya sekali lagi. Selepas itu, namakan fail wsock32.ska kepada wsock32.dll, tetapi lakukan ini daripada DOS prompt dengan mengklikkan pada butang "Start" untuk "shutdown" Windows 95/98 dan restart semula PC anda dalam DOS mode.

Ketika di DOS prompt (C:\) taip cd\windows\system dan tekan <enter>. Arahan itu sepatutnya dibaca seperti di bawah:

C:\windows\system

Daripada prompt ini, taip dir wsock32.* dan tekan <enter>. Fail wsock32.dll dan wsock.ska akan muncul. Seterusnya taip ren wsock32.dll wsock32.tmp dan tekan <enter>. Kemudian taip ren wsock32.ska wsock32.dll" dan tekan <enter>. (Ingat bahawa "ren" adalah arahan DOS untuk "rename".)

Selepas itu anda kena "switch off" PC anda dan kemudian "switch on" semula. Anda juga boleh tekan butang "reset" untuk PC itu terpasang semula.