Make your own free website on Tripod.com
Pepijat Y2K boleh sakitkan kepala peminat komputer, peniaga kecil

Symantec Corporation dan syarikat perisian yang lain memberi amaran bahawa pepijat Tahun 2000 (Y2K) memberi masalah tidak hanya kepada perbadanan besar, bank-bank antarabangsa dan kerajaan, tetapi juga kepada perniagaan kecil dan komputer rumah.

Symantec, pencipta Norton AntiVirus dan Norton Utilities, dan pesaingnya Network Associates Inc dan Greenwich Mean Time-UTA LC, perisian penyingkap yang menyelesaikan masalah PC yang dicetuskan oleh abad baru. Beberapa komputer dijangkakan tidak berfungsi apabila ia tersalah tafsir dua angka terakhir tahun 2000 sebagai bermaksud satu tarikh dalam tahun 1900.

Kebanyakan perhatian diberi kepada masalah Y2K pada komputer-komputer "mainframe" yang besar dan perisian yang lama dalam komputer. Namun berjuta-juta PC juga mungkin diserang oleh isu Y2K yang menyebabkan gejala sakit kepala kepada pengguna komputer rumah, perniagaan kecil dan perbadanan besar.

Sebanyak US$600 billion (RM2.3 trillion) dibelanjakan di seluruh dunia untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam semua bentuk.

Sebanyak 93 peratus PC yang dieksport sebelum 1997 akan gagal berdepan dengan abad baru ini. Kira-kira 47 peratus PC yang dieksport pada tahun 1997 turut mengalami risiko dan 11 peratus PC yang dieksport tahun 1998.

Microsoft yang mengeluarkan sistem pengoperasian Windows menguasai 90 peratus PC baru dunia sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan perisiannya tidak gagal dengan perubahan tarikh ini.

Pembuat perisian No. 1 itu mendedahkan awal Januari 1999 bahawa sistem pengoperasian Windows 98nya mempunyai pepijat Y2K yang "kecil".

Microsoft merancang mendedahkan produks dan perkhidmatan baru bulan ini untuk menolong pengguna menserasikan perisian mereka. Syarikat-syarikat perisian lain juga telah memberi maklum balas kepada masalah ini - dan kesempatan ini meningkatkan jualan.

Cupertino, Symantec yang berpangkalan di California pada November tahun lalu telah mengeluarkan perisian untuk menguji PC yang dipanggil Norton 2000 yang dijual dengan harga US$49.95 dan juga muncul dengan satu versi korporat.

Perisian Norton, seperti perisian Y2K lain, pertamanya menguji bahagian yang sangat asas dalam sesebuah komputer yang dipanggil BIOS (basic input-ouput system), satu semikonduktor yang mengawal papan kekunci, pemacu cakera dan komunikasi dalaman.

Program itu juga menguji "real-time clock" PC yang mengesan tarikh dan masa apabila PC ditutup.

Jika satu masalah ditemui, ia biasanya boleh diselesaikan oleh perisian itu, kata Enrique Salem, Naib Presiden Keselamatan dan Bantuan Symantec. Perisian yang berasaskan masa akan mengalami masalah dengan Y2K.

Seperti Symantec, Network Associates Inc juga mengeluarkan Toolbox 2000 yang dijual dengan harga US$29.95, yang mememeriksa hardware dan sistem pengoperasian PC. Kemudian ia akan melihat pula aplikasi-aplikasi seperti pangkalan data (database) dan spreedsheets.

Program-program itu menawarkan penyelesaian dalam komputer atau menyenaraikan satu tapak internet di mana satu patch perisian dapat diperolehi untuk merawati masalah tersebut.

Greenwich Mean Time pula mengeluarkan Check 2000 PC Deluxe yang dijual dengan harga US$59.95 dan termasuk satu video mengenai isu Y2K. Syarikat itu menawarkan satu versi tanpa video pada harga US$29.95 di samping perisian Y2K khusus untuk perbadanan.

Hari ini, lebih daripada 5,000 program perisian telah diuji dan produk itu mengakui bahawa ada 15,000 lagi perisian yang akan menghadapi risiko, kata Christopher Weiss, Ketua Teknologi syarikat tersebut.

Banyak perbadanan memikirkan bahawa isu Y2K hanya berkenaan dengan "mainframe" dan tidak sedar bahawa PC pejabat yang tidak serasi dengan Tahun 2000 yang berkongsi data melalui satu rangkaian boleh menyebabkan masalah berulang, sama dengan satu jangkitan oleh satu virus komputer.

"Mereka membaharui 'mainframe' mereka dan menghabiskan berjuta-juta, tetapi tidak menumpukan pada masalah desktop," kata Weiss.

Apple Computers Inc mungkin tersenyum lebar kerana komputer Macintosh dan iMacnya dibina serasi dengan Y2K, tetapi pakar-pakar mengatakan syarikat itu tidak boleh tersenyum lebar sangat sehingga lupa keadaan sekeliling kerana perisian-perisian yang ditulis untuk PC Apple mungkin tidak bebas-pepijat (bud-free) dan perlu diuji.

Microsoft mewujudkan satu tapak Internet - www.microsoft.com/technet/topics/ year2k/default.htm - yang didedikasikan kepada masalah ini. Ia menyenaraikan produk-produk dan tahap keserasian Y2Knya.

McAfee tidak ketinggalan menyediakan perisian penyelesaian kepada Y2K dengan nama 2000Toolbox yang dijual dengan harga US$29.95. Untuk menguji keserasian komputer anda dengan Tahun 2000, anda boleh pindahterima (download) perisian kecil secara percuma (klik di sini). Untuk serasikan (fix) komputer anda dengan Tahun 2000 anda oleh pindahterima perisian Norton 2000 secara percuma (klik di sini).