Perkakasan Tempatan untuk Keperluan Y2K PC

Oleh: Mohamad Fauzi Yunus 

Vertical Matrix Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan produks terbarunya yang dipanggil y2.KAD yang ditujukan kepada masalah-masalah yang berhubung dengan hardware komputer peribadi (PC) yang tidak serasi dengan Tahun 2000 (Y2K). Perkakasan y2.KAD adalah satu kad senibina piawaian industri (ISA) 16-bit yang direka untuk membetulkan masalah Y2K hardware yang dihadapi oleh PC yang tidak serasi dengan Y2K.

Kad ISA dilapisi dengan firmware yang maju yang bertindak sebagai sambungan Basic Input-Outpu System (BIOS) kepada sistem. Ini adalah untuk memantau dan membetulkan lingkaran dalam perubahan tarikh abad ini.

Mengikut Pengarah Pembangunan Perniagaan Vertical Matrix, Reduan Zain, dalam Computimes, New Straits Times, 28 Januari 1999, tidak ramai orang yang sedar bahawa 90 peratus PC gagal the real-time clock (RTC).

'Punca maslah ialah RTC. Beberapa aplikasi seperti in-house programs mendapat tarikh dan masa secara langsung daripada RTC dan bukan BIOS," katanya.

"Biasanya RTC mengandungi 7 daftar yang menyimpan masa dan tarikh. Enam daftar pertama ialah saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun. Daftar-daftar ini dikemaskini (update) secar automatik sama ada PC seseorang itu hidup atau mati. 

Bagaimanapun daftar tahun terhad kepada dua angka terakhir tahun itu, yang dibaca sebagai 97 dalam 1997, 98 dalam 1998 dan seterusnya.

Daftar ke-7 juga dikenali sebagai daftar abad yang menyimpan dua angka teratas tahun itu, bagaimanapun, tidak dikemaskinikan secar automatik. Daftar abad membaca abad ke-19 untuk abad ke-20. Oleh kerana itu, RTC akan mengandaikan bahawa tahun itu ialah tahun 1900. Produk baru ini, y2.KAD akan fix RTC dan jam BIOS.

Perkakasan y2.KAD juga kebal dengan arus elektrik dan jangkitan-jangkitan virus yang mungkin berlaku. Ini adalah kerana kad itu dilapisi dengan firmware dan direka di bawah satu persekitaran the read-only memory (ROM), yang dengan itu virus tidak boleh membaca dan menulis ke atasnya.

Kad itu bekerja dengan apa-apa komputer compatible IBM PC/AT yang menyokong DOS, SCO Unix untuk persekitaran PC, Windows 3.x/95/97/98 dan Windows NT.
Mengikut Reduan, perkakas y2.KAD mudah digunakan oleh kerana pengguna hanya perlu plug and play. Pengguna hanya perlu masukkan y2.KAD ke dalam apa-apa slot ISA yang ada di motherboard PC mereka. Juga tidak perlu untuk satu driver perisian.

Setelah PC dipasang, satu mesej yang menunjukkan bahawa y2.KAD sudah dipasang akan dipamerkan pada skrin. Jika pengguna mempunyai apa-apa masalah dengan kad itu, mereka perlu betulkan (adjust) setting bagi jumper yang dinyatakan dalam  manual. Untuk menguji y2.KAD, hanya run mana-mana satu daripada ujian-ujian bebas seperti Killer.

Perkakasan y2.KAD diberi jaminan 2 tahun, harga runcitnya kurang daripada RM200 dan menemui pengguna pada awal Februari 1999.