Make your own free website on Tripod.com
Laman Komputer

Softwares
AntiVirus & Security
Graphics
Maintenance
Multimedia
Programming
Drivers
Miscellaneous

News/Issues
Articles
Smart User
Home
E-mail
Add a Site

 

Add your webpage to Dunia Melayu web listing. Go!
Isu Keselamatan Internet
Dindingi Pelayaran Internet Anda!

Oleh Mohamad Fauzi Yunus

Kebanyakan kita mengambil mudah ketika melayari Internet sedangkan kita terdedah kepada serangan dan pencerobohan. Sebagai mana seorang manusia yang mesti mempunyai pendinding daripada serangan "evil's eye" atau sihir, maka begitu juga dengan komputer kita. Komputer kita mesti mempunyai pendinding bagi menghalang serangan dan pencerobohan. Satu program utiliti keselamatan yang boleh menolong anda menepis pencerobohan "hackers" ialah ZoneAlarm di laman www.zonelabs.com

ZoneAlarm boleh menghalang "hackers" daripada menemui dan menceroboh komputer anda, mencari dan menghentikan Trojen horse, melindungi komputer daripada ancaman yang tidak diketahui, menjaga komputer dan maklumat-maklumat sulit dengan selamat dan membolehkan anda berkongsi maklumat hanya dengan orang yang anda percayai dan merekodkan semua aplikasi yang menggunakan Internet daripada komputer anda.

Untuk menguji sama ada komputer anda selamat atau tidak ketika melayari Internet, anda boleh melawat satu tapak penilaian/pengujian keselamatan secara online iaitu laman Shield'UP Steve Gibson di tapak www.GRC.com. Di sini anda boleh menguji sama ada komputer anda selamat atau tidak.

Ada pihak yang telah mencuba pengujian di tapak tersebut. Sebelum beliau memasang program keselamatan ZoneAlarm, beliau telah mengujian tahap keselamatan komputernya di laman ShieldUP. Ujian tersebut menunjukkan bahawa "Port 139" komputernya terbuka luas (OPEN) yang bermaksud bahawa komputernya menerima satu connection halimunan (anonymous connection) pada "NetBIOS File" yang sangat tidak selamat dan "Printer Sharing port" daripada satu komputer lain yang tidak dikenali.

Apakah implikasinya jika gejala-gejala di atas ditemui di komputer anda? Sebenarnya ada banyak "pengimbas" yang boleh digunakan secara bebas yang dioperasikan oleh orang yang jahat dalam Internet yang mencari komputer-komputer yang sedang mengoperasikan "Windows File" dan "Printer Sharing". Dan jika perkongsian itu dilindungi oleh kata laluan dan cukup penting, mana-mana pemecah kata laluan (password crackers) akan menyambar kata laluan anda hingga pertahanan anda ditembusi.

Tetapi selepas beliau memasang utiliti keselamatan ZoneAlarm, gejala-gejala di atas tidak ditemui lagi pada komputernya.

Saya sendiri telah menguji tahap keselamatan komputer saya di tapak ShieldUP. Alhamdulillah, tahap keselamatan komputer saya terjaga rapi walaupun sebelum saya memasang utiliti ZoneAlarm. Buat masa ini, ZoneAlarm masih percuma. Pengarang utiliti ini menggalakkan para pelayar Internet supaya lekas-lekas mendapatkannya. Ada kemungkinan utiliti ini tidak akan percuma lagi pada masa akan datang.

Anda juga boleh menggunakan utiliti keselamatan yang baru dilancarkan, Norton Internet Security yang dikeluarkan oleh sebuah gergasi perisian keselamatan iaitu Symantec. Ada beberapa utiliti keselamatan lain yang ditawarkan untuk para pelayar Internet (klik di sini).

4 Mac 2000.