Perbezaan low format dan full format

Soalan:

Apakah perbezaan antara low-level format dengan full format? Apakah kebaikan menggunakan low-level format? Saya mempunyai alamat-alamat URL (Uniform Resource Locator), jadi bolehkah saya gunakan kaedah low-level format?

Jawapan:

Low-level format menulis maklumat sektor pada cakera keras. Full format pula menulis struktur-struktur fail yang perlu untuk menyokong satu operating system. Low-level format digunakan apabila seorang pengguna mahu memastikan bahawa setiap benda dalam cakera keras dipadamkan. (Contohnya jika pengguna menjual cakera keras dan tidak mahu maklumat-maklumat sensitif diketahui).

High-level format tidak memadamkan data sebenar dalam cakera keras - ia hanya menulis semula FAT (File Allocation Table), Volume Boot Sector dan root directory.

Fail-fail terdahulu daripada cakera keras yang diformat menggunakan kaedah high-level format masih boleh dipulihkan oleh seseorang yang berkemahiran dalam soal pemulihan data atau data recovery dengan membina semula FAT lama (old FAT).

Format menggunakan kaedah low-level format akan menghalang ini. Ini juga merupakan satu cara yang baik bagi memastikan bahawa cakera keras yang dijangkiti virus bebas sepenuhnya daripada virus tersebut.

Tiada virus boleh hidup dalam low-level format. Tetapi pastikan bahawa anda tidak memperkenalkan semula virus menerusi satu sumber luaran (floppy disk, dll) dan cakera keras anda akan bersih.