Make your own free website on Tripod.com
Sistem "hanging" dengan Norton Utilities?

Soalan:

Saya mempunyai PC Pentium 200 MHz MMX (Multimedia Extension) dengan 32 MB RAM dan 2.1 GB cakera keras. Saya menggunakan Windows 98. Selepas memasang (install) Norton Utilities 3.0 saya mengalami "hanging" yang kerap pada komputer saya. Tetapi "hanging" itu hanya seketika dan kadangkala dalam jangka masa yang lama hingga lebih 5 minit, dan kemudian terus berjalan lancar. Saya cuba nyah-pasang (uninstall) Norton Utilities tetapi masalah masih juga wujud.

Jawapan:

Anda boleh e-mail kepada Symantec (www.symantec.com) dan lihat apa yang pakar-pakarnya katakan. Saya agak program itu menetapkan Windows "load" beberapa fail memory resident. Periksa folder "start-up" untuk melihat kalau-kalau ada apa-apa yang tidak sepatutnya di dalam folder itu. Juga periksa baris "load=" dan "run=" dalam fail WIN.INI untuk melihat kalau-kalau ada apa-apa yang di"load" pada baris itu. Lihat juga makalah lengkap mengenai bagaimana mengoptimize Windows 95/98.