Apa maksud "hard disk failure?"

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan kegagalan cakera keras (hard disk failure) ketika boot? Kenapa ia terjadi dan adakah ada apa-apa cara untuk menyelesaikannya?
 

Jawapan: 

Cakera keras anda gagal (failed) untuk boot. Mungkin ia sudah rosak. Mungkin juga satu controller atau kabel telah rosak. Satu power surge (misalnya daripada serangan kilat) boleh juga menyebabkan kerosakan kepada cakera keras. Ingin saya jelaskan bahawa ada sejumlah cakera keras Quantum Bigfoot yang rosak selepas satu jangka masa yang pendek.

Selepas beberapa penyelidikan saya dapat membuat kesimpulan bahawa sesetengah orang yang memasang (install) cakera keras ini tidak menggunakan skru yang betul.

Lubang skru untuk Bigfoot memanjang hingga ke drive case itu sendiri, bukan terletak di bawah case seperti mana cakera keras lain.

Disebabkan ini, ada satu kemungkinan bahawa jenis skru pemasangan yang salah itu memendekkan controller atau merosakkan secara fizikal platter cakera keras.

Peringatan "Use M3 mounting screws only" (Guna skru pemasangan M3 sahaja) terdapat pada cakera keras. Mungkin ada orang yang tidak berapa ambil berat terhadap peringatan tersebut.