Hard Disk Failure, Apa Perlu Dibuat?

Soalan:

Cakera padat saya, Quantum Sirroco (2.1g), telah gagal dibootkan. Saya tidak pernah buat apa-apa kerosakan dan gangguan terhadapnya. Sebelum itu, ia berfungsi dengan baik dan tiba-tiba saja dalam suatu hari, terpapar di skrin "Hard disk failure".

Saya tidak tahu kenapa. Kawan saya cadangkan low format. Bolehkah ia berfungsi? Bagaimanakah caranya ? Sila tolong. Terima kasih.

Yong Ming Fung.
 

Jawapan:

Ada beberapa kemungkinan anda menerima mesej "Hard Disk Failure". Pertama, mungkin hard disk anda telah "jammed" seketika. Ini kemungkinan disebabkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang panjang dalam persekitaran yang hangat (maksudnya bukan dalam persekitaran pendingin hawa). Oleh itu, saya cadangkan anda tutup (off) komputer anda dan biarkan seketika. Kemudian buka (on) semula. Buat beberapa kali. Dari pengalaman saya, hal ini pernah berlaku pada hard disk saya. Apabila saya lakukan demikian, hard disk saya berfungsi semula. Kedua, mungkin hard disi anda rosak. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti (1) bekalan kuasa tidak mencukupi, (2) kilat dan (3) sifat hard disk itu sendiri. Atas sebab ini, anda kena gantikan hard disk anda. Mengenai nombor (3), kami mendapat berita daripada rakan-rakan dan pelbagai rencana, mengatakan jenama Quantum memang selalu bermasalah. Dalam pengalaman saya sendiri, apabila saya membawa pulang satu CPU ke rumah, saya dapati hard disknya gagal berfungsi padahal sejurus sebelum saya membawanya pulang, ia dalam keadaan yang baik dan tidak ada tanda-tanda yang ianya rosak. Jenama hard disk ini juga Quantum. Saya cadangkan anda dapatkan jenama Seagate.

Mengenai cadangan anda untuk melakukan "low level format" ke atas hard disk anda, dari pengalaman saya, ia selalunya tidak berjaya. Bagaimanapun, anda boleh mencubanya.