Pindahterima halaman tidak sempurna 

Saya baru membeli sebuah PC baru dengan ciri-ciri ini:

  • Advanced Micro Devices' K6-2 300Mhz processor, 
  • 64MB SDRAM, 
  • S3's Virge 3D Graphics Accelerator, 
  • Motorola V.90 internal modem 
  • 3.2 gigabytes Quantum Fireball hard disk 
  • PC-Cillin 98 
  • Windows 98.

Mulanya saya puas hati dengan peformance. Tetapi bebeapa hari kemudian browser saya mula memeningkan kepala saya apabila saya pindahterima laman-laman web. Apabila saya pindahterima satu laman, keseluruhan halaman itu tidak muncul; yang muncul hanya tajuknya saja. 

Apabila ini terjadi, tidak kira apa halaman yang saya pindahterima, halaman itu tidak lengkap sedangkan browser saya katakan ianya telah habis dilakukan (Done). Ini terjadi tidak kira aya guna Netscape 4.06 atau Internet Explorer 4.01. Saya cuba mengubah setting dalam "Dial-up Networking tetapi hasilnya sama saja. Pertama kali masalah ini muncul hanya sekali-sekala tetapi akhir-akhir ini ia berlaku sebegitu kerap.

Bagaimanapun, masalah ini tidak mempengaruhi e-mail saya (Outlook98) kerana saya dapat mengirim dan menerima e-mail.

Soalan saya ialah adakah ada apa-apa masalah fizikal pada modem saya atau sesuatu yang tidak kena dengan perisian PC saya atau lebih buruk lagi ialah virus?

  Jawapan:

Daripada apa yang saya boleh lihat, ia bukan menjadi masalah sama sekali. Apa yang saya jangka ialah browser anda cuba dengan apa jua cara sekalipun untuk mendapatkan semula halaman daripada local cache bukannya daripada Internet. Ini mungkin disebabkan modem anda ketika itu gagal berfungsi atau talian akses Internet sibuk/down atau laman web yang anda lawati sibuk menyebabkan browser anda cuba mendapatkan halaman itu dalam cache dalam cakera keras (hard disk) anda. Bersihkan cache boleh menyelesaikan masalah itu. 

Dalam Netscape Navigator, klik "Edit" dan kemudian pilih "Preferences" pada menu yang dipaparkan. Selepas itu klik di atas tanda "plus" selepas perkataan "Advanced" untuk mempamerkan advcanced option. Klik butang yang berlabelkan "Clear Disk Cache" dan kemudian klik butang "OK". Ini akan menyelesaikan masalah. 

Secara kebetulan, anda mungkin dapat memperolehi performan yang lebih baik daripada modem anda jika anda menggunakan K56Flex protocol sebagai ganti v.90 (kecuali memang modem anda adalah dual-mode auto-switching).