Driver bagi internal ISDN tidak terpasang

Soalan:

Saya menyambungkan kepada Internet melalui ISDN (Integrated Services Digital Network). Saya mempunyai satu external ISDN terminal adapter (TA) jenis Motorola Bitsurf Pro. Tidak ada masalah apa saya menyambungkannya menerusi serial port 1. Saya boleh mencapai kelajuan pindahan hingga 128 kilotbit sesaat. Bagaimanapun, masalah saya muncul apabila saya membeli internal TA baru iaitu Cybervision Pro yang dikeluarkan oleh Malifax Cimputers dari Singapura, sebuah syarikat penyelesaian rangkaian (network solution). Saya telah melakukan setup cakera keras yang biasa, tidak ada konflik apapun pada IRQ (Interupt ReQuest) tetapi driver enggan terpasang selepas boot.

Apabila saya periksa "system info" (saya menggunakan Windows 98), saya diperingatkan 8 fail "inf" yang dihubungkan kepada internal card ini tidak terpasang walaupun ia berada dalam folder yang betul. Saya menghubungi vendor dan mereka menasihatkan saya menanggalkan kad itu dan memadamkan drivernya dan kemudian memasangnya (install) semula. Tetapi ia masih tidak berfungsi. Mereka juga nampaknya tidak tahu apa masalahnya. Saya menggunakan PC Compaq 9534 Pentium 150 dengan 72 MB RAM, menggunakan Windows 98.
 

Jawapan:

Ada beberapa perkara yang mesti diperiksa. Pertama, adakah anda menggunakan driver yang betul? Driver yang dimasukkan dengan TA itumungkin dimaksudkan kepada driver untuk Windows 95, bukannya untuk Windows 98. Walau apapaun, driver Windows 98 boleh didapati di tapak web Malifax (www.malifax.com.sg).

Kedua, jika kad itu menggunakan apa-apa serial (COM) port, ini sepatutnya di"disabled"kan pada papan induk (motherboard). Ini biasanya boleh dilakukan melalui program setup BIOS (Basic Input/Output System) atau jumper pada papan induk.