Keperluan untuk mainkan video MP3

Apakah keperluan minimum yang mesti ada untuk memainkan MPEG (Motion Picture Experts Group) Audio Layer 3 (MP3)? Katakan saya mempunyai CPU 486DX4.

Jawapan:

MPEG tidak menyebut secara khusus keperluan minimum perkakasan (hardware) untuk "format" MP3 itu sendiri. Keperluan minimum perkakasan biasanya ditentukan oleh pengarang-pengarang perisian yang menggunakan format ini untuk audio playback. Format MP3 hanyalah satu format - ia bukan satu perisian. Dengan demikian, ia tidak mempunyai "keperluan minimum perkakasan". "Keperluan minimum perkakasan" biasanya akan dinyatakan oleh penerbit perisian yang menulis perisian yang mengambil faedah daripada format itu (seperti decoder-decoder MP3 - iaitu player) dan encoder-encoder - iaitu recorder-recorder). Keperluan minimum perkakasan bagi satu-satu perisian khusus akan dinyatakan oleh pengarang atau penerbit. Dikatakan dengan lebih mudah ialah ia bergantung perisian apa yang anda guna.