Make your own free website on Tripod.com
Bagaimana memulihkan system registry?

Soalan:

Setiap kali saya boot PC, akan muncul mesej pop-up "Windows encountered problems with the registry and should restart for it to initialise." 

Masalah ialah saya tidak boleh exit. Jadi saya tidak boleh restart PC saya. Saya cuba taip exit tetapi tidak ada kesan langsung.
 

Jawapan:

Anda tidak perlu exit. Anda hanya perlu restart PC sama ada dengan menekan serentak Ctrl+Alt+Delete (Del). Sistem boleh juga dimulakan semula dengan switch off PC anda dan kemudian switch on semula atau tekan butang Reset.

Kebetulan pula, satu versi baru program "restreg" muncul di gedung fail MBox di http://mbox.hypermart.net. Versi ini meliputi beberapa penyelesaian pepijat (bug fixes) yang tidak ada dalam versinya yang lebih awal. Jika anda menggunakan Windows 98 sekalipun, anda boleh menggunakan program "scanreg" untuk tujuan yang sama (ia lebih fleksibel juga). Cari "scanreg" di laman web Microsoft di http://www.microsoft. com dan lihat bagaimana menggunakan "scanreg".