Make your own free website on Tripod.com

Pilihan Raya

 

   

 

 

Apakah yang kamu faham tentang pilihan raya?

1. Proses memilih wakil rakyat peringkat negeri atau persekutuan.

2. Dilakukan secara sulit.

3. Menggunakan prosedur yang telus & teratur.

4. Pengiraan dibuat secara terbuka dan keputusan direkodkan.

5. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang

6. Satu ciri penting demokrasi berparlimen.

 

 


Nyatakan peranan SPR dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

1. Menjalankan pilihan raya umum atau kecil. 

2. Anggota dilantik oleh YDPA dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

3. Menjamin pilihan raya adil dan bebas.

4. Menentukan sempadan bahagian pilihan raya.

5. Menjalankan pendaftaran pemilih/pengundi.

 

 


Jelaskan tentang pilihan raya kecil yang dijalankan di negara ini.

1. Dijalankan apabila ada kekosongan kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

2. Kekosongan disebabkan kematian, peletakan jawatan atau perlucutan jawatan.

3. Mesti diadakan dalam tempoh 60 (bagi Semenanjung) atau 90 hari (bagi Sabah & Sarawak) selepas kekosongan tersebut. 

 


Jelaskan tentang penjalanan pilihan raya yang diadakan di negara ini.

1. SPR menetapkan tarikh penamaan calon & tarikh pengundian.

2. Penamaan calon diadakan.

3. Parti-parti yang bertanding menyediakan manifesto.

4. Kempen pilihan raya dilancarkan untuk berkempen selama 7 - 15 hari.

5. SPR mengumumkan tempat pengundian & tempat pengiraan undi.

6. Pengundi diberi kertas undi berlambangkan parti petanding di tempat mengundi.

7. Pengundi mengundi calon yang dikehendaki.

8. Pengiraan undi dilakukan di pusat pengiraan undi.

9. Pegawai Pilihan Raya mengumumkan pemenang.

 


Nyatakan syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang calon yang bertanding dalam pilihan raya.

1. Boleh menjadi calon bebas atau mewakili mana-mana parti.

2. Warganegara Malaysia.

3. Berusia 21 tahun ke atas.

4. Bermastautin di Malaysia.

5. Sempurna akal.

6. Bukan orang muflis.

7. Bukan pemegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

8. Tidak disabitkan dengan kesalahan di mahkamah dengan hukuman penjara 12 bulan ke atas atau denda RM2000 ke atas.

9. Tidak mendapat pengampunan.

10. Mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

 


Apakah syarat-syarat yang perlu ada jika anda mahu menjadi seorang pengundi dalam pilihan raya?

1. Mendaftar dengan SPR dalam Senarai Daftar Pemilih.

2. Warganegara Malaysia.

3. Berusia 21 tahun ke atas.

4. Tinggal di satu kawasan pilihan raya tempat mengundi.

5. Boleh mengundi hanya bagi satu kawasan pilihan raya sahaja.

6. Boleh mengundi secara pos bagi pasukan keselamatan atau warganegara di luar negara jika mendaftar sebagai pengundi.

 

 

 

[Back]