PENGERTIAN QADHA, FIKAH,
IJTIHAD DAN FATWA

 


 

Kandungan :

Qadha
Fikah
Ijtihad
Fatwa

 


QADHA:

Pengertian Qadha:

1. Penghakiman/keputusan yang diberi oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas dan nyata.

2. Contoh: mahkamah membuat penghakiman supaya suami membayar nafkah kepada isteri dan anaknya.

 

Mengapakah Qadha diperlukan?

1. Untuk menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada pesalah.

2. Untuk menjamin dan mengekalkan keamanan/keharmonian dalam masyarakat.

3. Untuk mengelakkan huru-hara dalam masyarakat.

4. Untuk menjamin keadilan kepada masyarakat.

 

Apakah matlamat Qadha?

1. Menyelesaikan pertelingkahan antara pihak-pihak yang bertikaian.

2. Memastikan pihak yang bertikaian menghormati keputusan mahkamah.

3. Memastikan hukuman setimpal & adil kepada semua pihak.

 

Apakah kebaikan Qadha?

1. Hukuman adalah bersumberkan dalil dan hujah yang benar.

2. Keputusan penghakiman dibuat berdasarkan bertimbangan yang wajar & adil.

3. Penghakiman dibuat oleh orang yang adil dan berkelayakan.

 

Top


 

FIKAH:

Pengertian Fikah:

1. Kefahaman tentang hokum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid (ahli ijtihad) berdasarkan dalil-dalil syarak.

2. Contoh: bersentuhan kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wuduk mengikut mazhab Syafie.

 

Mengapakah Fikah diperlukan?

1. Untuk menentukan hukum Allah s.w.t. sesuai dilaksanakan pada setiap masa, tempat dan suasana/keadaan.

2. Untuk memastikan umat Islam mematuhi peraturan yang terkandung dalam hokum agama.

3. Untuk memudahkan umat Islam berpegang teguh kepada hukum agama.

4. Untuk meyakinkan umat Islam melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.

 

Apakah matlamat Fikah?

1. Memudahkan kefahaman individu terhadap suruhan & larangan Allah s.w.t.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang aman.

3. Menentukan perintah Allah s.w.t. adalah sesuai sepanjang zaman.

 

Apakah kebaikan Fikah?

1. Membolehkan umat Islam melaksanakan ibadat tanpa ragu.

2. Menjadikan hukum Islam berkembang dan sesuai dengan zaman, tempat dan suasana/keadaan.

3. Menentukan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan.

 

Top


 

IJTIHAD

Pengertian Ijtihad:

1. Usaha secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan satu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

2. Ijtihad dibenarkan bagi orang yang mempunyai kemampuan berijtihad.

 

Mengapakah ijtihad diperlukan?

1. Untuk menyelesaikan dengan sempurna bagi setiap masalah yang timbul.

2. Untuk mengelakkan pertikaian dalam menyelesaikan masalah.

3. Untuk menggalakkan umat Islam (para ulama) berfikir bagi mencari hukum baru.

4. Untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

 

Apakah matlamat ijtihad?

1. Memastikan setiap keputusan boleh diterima dan sesuai dengan suasana/keadaan.

2. Memastikan keputusan menetapi hukum syarak.

3. Memastikan hukum Islam sentiasa berkembang.

 

Apakah kebaikan ijtihad?

1. Memberi peluang kepada mujtahid mengeluarkan hukum yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan al-Hadis.

2. Memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan mengikut kaedah islam.

3. Memastikan hukum Islam dapat berkembang.

4. Memastikan umat Islam sentiasa berpegang teguh kepada hukum baru.

 

Top


 

FATWA:

Pengertian fatwa:

1. Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan diwartakan, berhubung dengan sesuatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa.

2. Contoh: fatwa bahawa dadah adalah haram.

 

Mengapakah fatwa diperlukan?

1. Untuk menyelesaikan masalah yang tidak mempunyai nas hukum yang nyata dalam al-Quran dan al-Hadis.

2. Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu.

3. Untuk menghilangkan keraguan masyarakat tentang sesuatu hukum.

4. Untuk memberi keyakinan kepada umat Islam supaya berpegang teguh kepada hukum.

 

Apakah matlamat fatwa?

1. Menyelesaikan masalah masalah secara terbaik berlandaskan al-Quran dan al-Hadis.

2. Mengelakkan pertikaian pendapat dalam masyarakat.

3. Memastikan umat Islam sentiasa patuh kepada perintah Allah s.w.t.

 

Apakah kebaikan fatwa?

1. Menjadikan umat Islam patuh kepada ajaran Islam.

2. Melahirkan umat Islam yang sentiasa menggunakan fikiran dalam mencari kebenaran.

3. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin.

Top

 

Susunan: Mohamad Fauzi Yunus

[Back]