Laman Sejarah

Lawati gedung buku terkemuka dunia...

 

Subjek wajib Pengajian Malaysia untuk IPTS, klik di sini

 

Untuk calon PMR, klik di sini

Menggunakan Sumber Sejarah

Oleh
David W. Koeller (1996, 1998)
(North Park University)

Terjemahan oleh
Mohamad Fauzi Yunus

Ahli-ahli sejarah memperoleh maklumat mereka daripada dua jenis sumber yang berbeza: primer (primary) dan sekunder (secondary). Sumber primer adalah sumber-sumber "first-hand", manakala sumber sekunder pula ialah sumber-sumber "second-hand". Contohnya, bayangkan ada satu kejadian nahas kereta. Huraian tentang nahas yang seorang saksi berikan kepada polis ialah satu sumber primer kerana ia datang daripada seseorang yang betul-betul berada di sana pada waktu itu. Berita dalam akhbar pada hari berikutnya adalah satu sumber sekunder kerana pemberita yang menulis berita itu tidak betul-betul menyaksikannya. Pemberita itu mengetengahkan satu cara memahami (a way of understanding) nahas itu atau satu tafsiran (an interpretation).

Menggunakan Sumber Primer

Sumber primer adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya itu: ia memberikan kita pemahaman yang terus dari sumber asal (first hand insights), pemahaman seolah-olah anda berada di sana (you-are-there insights) tentang masa lampau. Ia juga merupakan alat yang sangat penting yang seorang ahli sejarah ada untuk membina suatu pemahaman tentang sesuatu peristiwa. Sumber primer berfungsi sebagai bukti yang ahli-ahli sejarah gunakan dalam membina satu tafsiran dan dalam membina satu hujah untuk menyokong tafsiran itu. Anda akan menggunakan sumber primer tidak hanya untuk menolong anda memahami dengan lebih baik apa yang telah berlaku, tetapi juga sebagai bukti apabila anda menjawab soalan-soalan dan menbina hujah-hujah mengenai masa lampau.

I. Membaca Satu Sumber Primer

Sumber primer tidak "bercakap" dengan sendiri; ia mestilah ditafsirkan. Yakni, kita tidak boleh selalu memahami serta-merta tentang apa yang satu sumber primer itu maksudkan, terutama jika ia datang daripada satu budaya yang sangat berbeza daripada budaya kita sendiri. Oleh sebab itu adalah perlu untuk mencuba memahami apa yang ia maksudkan dan menggambarkan apa yang sumber itu boleh beritahu kita tentang masa lampau.

Untuk menolong anda mentafsir sumber primer, anda seharusnya berfikir mengenai soalan-soalan ini apabila anda memeriksa sumber itu:

A. Letakkan Sumber itu Dalam Konteks Sejarahnya.

  • 1. Siapa menulisnya? Apakah yang anda tahu tentang pengarangnya?
  • 2. Di mana dan bila ia ditulis
  • 3. Mengapakah ia ditulis?
  • 4. Kepada apa jenis audienkah ia ditujukan? Apakah yang anda tahu mengenai audien ini?
B. Kelaskan Sumber Itu
  • 1. Apakah jenis karya itu?
  • 2. Apakah tujuannya?
  • 3. Apakah kebiasaan dan tradisi penting (the important conventions and traditions) yang mempengaruhi jenis sumber ini? Apakah tradisi perundangan, politik, keagamaan atau falsafah adalah sebahagian daripadanya?
C. Memahami Sumber Itu
  • 1. Apakah kata-kata kunci (the key words) dalam sumber itu dan apakah yang ia maksudkan?
  • 2. Apakah hujah yang pengarang itu cuba buat? Ringkaskan tesisnya.
  • 3. Apakah bukti yang pengarang itu berikan untuk menyokong tesisnya?
  • 4. Apakah andaian-andaian yang mendasari hujahnya?
  • 5. Apakah nilai-nilai (values) yang sumber itu cerminkan?
  • 6. Apakah permasalahan-permasalahan yang ia nyatakan? Bolehkah anda hubungkan permasalahan-permasalahan ini dengan situasi sejarah (the historical situation)?
  • 7. Apakah tindakan yang pengarang itu jangkakan sebagai satu hasil daripada karya ini? Siapakah yang mengambil tindakan ini? Bagaimanakah sumber itu menggerakkan (motivate) tindakan itu?
D. Nilaikan Sumber Itu Sebagai Satu Sumber Maklumat Sejarah (historical information)
  • 1. Sejauhmanakah menonjolnya atau tipikalnya sumber ini untuk jangka masa ini?
  • 2. Sejauhmanakah meluasnya sumber ini beredar?
  • 3. Apakah permasalahan (problems), andaian (assumptions), hujah (arguments), idea dan nilai (values), jika ada, yang ia kongsikan dengan lain-lain sumber dari jangka masa ini?
  • 4. Apakah bukti lain yang boleh andai temui untuk menyokong kesimpulan-kesimpulan anda?
II. Jadilah Pentafsir Sendiri

Adalah sangat menarik dalam proses ini untuk menggunakan buku teks sebagai satu sumber tafsiran. Jika anda menemui satu sumber primer yang anda tidak fahami seluruhnya, nampaknya adalah lebih mudah untuk melihat tafsiran-tafsiran yang sesuai dalam teks itu, lebih daripada cuba menggambarkannya sendiri. Dalam proses ini, saya suka menggalakkan anda mengembangkan tafsiran anda. Proses ini akan memerlukan sedikit kesabaran, sedikit imaginasi, sedikit latihan dan banyak bekerja keras. Tetapi anda akan mengembangkan satu kemahiran yang penting, yang boleh dipindahkan (transferable skill) dan juga alat dan sikap yang anda perlukan untuk mengembangkan pemikiran anda sendiri.

Menggunakan Sumber Sekunder

Ada satu daya tarikan yang kuat dalam satu kelas sejarah (a history class) untuk mempercayai bahawa jawapan-jawapan kepada semua persoalan itu boleh ditemui dalam buku teks dan bahawa objek bagi proses itu ialah mempelajari buku teks. Sementara ia memungkinkan anda mendekati (approach) arah ini dalam cara begitu, anda tidak akan mempelajari banyak perkara oleh kerana anda akan menjadi seorang penerima pengetahuan yang pasif, lebih daripada seorang peserta yang aktif dalam proses pembelajaran, dan itu sebetulnya bermakna lebih banyak kerja untuk anda oleh kerana anda akan melakukan lebih kerja daripada yang anda perlukan. Seksyen ini direncanakan untuk menolong anda menggunakan buku teks dengan lebih cekap dan lebihefektif.

I. Tiga Cara Menggunakan Satu Sumber Sekunder

A. Sebagai Satu Koleksi Fakta-Fakta

Gunakan satu sumber sekunder jika anda perlu mencari satu jenis maklumat tertentu dengan cepat. Anda mungkin perlu tahu misalnya, bilakah Ghengis Khan hidup, dalam tahun apakah mesin kapas direka atau populasi London pada tahun 1648.

B. Sebagai Satu Sumber Bahan Latar Belakang (Background Material)

Jika minat anda difokuskan pada satu subjek, tetapi anda perlu tahu sesuatu mengenai apa lagi yang berlaku pada masa itu atau apa yang berlaku sebelum itu, anda boleh menggunakan satu sumber sekunder untuk mencari bahan-bahan latar belakang yang anda mungkin perlukan. Misalnya, jika anda menulis mengenai 95 Tesis Luther (Zaman Reformation di Eropah), anda seharusnya menggunakan satu sumber sekunder untuk menolong anda memahami Gereja Katolik pada Zaman Renaissance.

C. Sebagai Satu Tafsiran

Oleh kerana fakta-fakta tidak "bercakap" sendiri, adalah perlu untuk ahli-ahli sejarah memberikannya beberapa bentuk dan meletakkannya dalam susunan yang orang boleh fahami. Ini dipanggil satu tafsiran (an interpretation). Banyak sumber sekunder menyediakan tidak hanya maklumat tetapi juga satu cara memberi makna kepada maklumat itu. Anda seharusnya menggunakan satu sumber sekunder jika anda ingin memahami bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada satu peristiwa, orang atau trend tertentu.

II. Menggunakan Tafsiran

Satu daripada tugas yang sangat penting dalam membaca satu sumber sekunder ialah mencari dan memahami tafsiran pengarang tertentu. Bagaimanakah pengarang tertentu meletakkan fakta-fakta bersama-sama supaya ia mempunyai makna?

A. Mencari Tafsiran

Pengarang-pengarang yang baik mahu mengkomunikasikan tafsiran mereka. Disebabkan alasan untuk menulis sebuah buku atau artikel ialah untuk mengkomunikasikan sesuatu kepada seseorang yang lain, seorang pengarang yang baik akan membuat tafsiran yang mudah untuk dicari.

1. Dalam Satu Esei

Dalam satu esei, khususnya esei yang ringkas, seorang pengarang seringkali akan menyatakan tafsiran sebagai sebahagian daripada pernyataan tesis. Pernyataan tesis ialah ringkasan mengenai apa yang pengarang itu sedang perkatakan dalam esei itu. Pernyataan tesis biasanya ditemui pada akhir bahagian pengenalan (the introductory section) atau dalam kesimpulan.

2. Dalam Sebuah Buku

Dalam sebuah karya yang lebih panjang, misalnya sebuah buku, pengarang adalah sangat mungkin akan mempunyai banyak pernyataan tesis, satu atau lebih bagi setiap seksyen atau bab buku itu. Tesis bagi buku itu secara keseluruhannya seringkali akan ditemui samaada dalam pengenalan atau dalam kesimpulan. Tesis bagi bab-bab individu sering ditemui di dalam perenggan pertama atau akhir. Ayat-ayat topik bagiperenggan-perenggan itu juga akan seringkali mempunyai bayangan-bayangan (clues) penting tentang tafsiran pengarang.

N.B. Adalah kerap kali menolong, khususnya jika anda berminat pada tafsiran pengarang untuk "mengintipatikan" (gut) sebuah buku: Baca hanya bab pertama dan akhir keseluruhannya; bagi semua bab lain, baca hanya perenggan pertama dan akhir. Jika ini adalah sebuah buku yang ditulis dengan baik, ini sepatutnya memberikan anda satu idea yang agak baik tentang sudut pandangan pengarang.

B. Kepentingan Tafsiran

Satu tafsiran ialah bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada sesetengah bahagian daripada masa lampau (makes sense of some part of the past). Seperti sebuah cerita yang bagus, sejarah yang ditulis dengan baik mendedahkan tidak hanya masa lampau tetapi sesuatu mengenai masa kini juga. Ahli-ahli sejarah yang hebat menolong kita melihat aspek-aspek masa lampau dan mengenai keadaan manusia yang kita tidak akan dapat temui sendiri.

C. Ahli-ahli Sejarah Kerap Tidak Sepakat Mengenai Tafsiran

Sesetengah fakta adalah "ambiguous". Ahli-ahli sejarah menanyakan persoalan-persoalan yang berbeza mengenai masa lampau. Ahli-ahli sejarah mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan sampai kepada bahan-bahan dengan kepercayaan yang berbeza mengenai dunia (Historians have different values and come to the material with different beliefs aboutthe world). Untuk alasan ini atau lain-lain alasan, ahli-ahli sejarah kerap tiba pada tafsiran yang berbeza mengenai peristiwa yang sama. Misalnya,ramai ahli sejarah melihat Revolusi Perancis (the French Revolution) sebagai hasil daripada kepercayaan kepada kebebasan (liberty) dan persamaan (equality); ahli sejarah lain melihat Revolusi Perancis sebagai hasil daripada tuntutan-tuntutan ekonomi daripada satu kelas menengah yang sedang bangkit. Oleh itu, adalah penting untuk dapat menilai tafsiran seorang ahli sejarah secara kritis.

III. Menilai Satu Tafsiran

A. Hujah

  • 1. Apakah permasalahan sejarah (historical problem) yang pengarang itu nyatakan? 
  • 2. Apakah tesisnya?
  • 3. Bagaimana tesis itu diambil?
    • a. Apakah jenis buku sejarah itu?
      b. Apakah kaedah atau teknik yang pengarang itu gunakan?
      c. Apakah bukti yang diketengahkan?
      d. Bolehkah anda mengenal pasti satu aliran tafsiran (a school of interpretation)?
  • 4. Apakah sumber yang digunakan?
B. Penilaian
  • 1. Adakah pengarang mengetengahkan satu hujah yang meyakinkan?
    • a. Adakah bukti itu menyokong tesisnya?
      b. Adakah bukti itu sebenarnya membuktikan apa yang pengarang dakwa ia telah buktikan?
      c. Adakah pengarang membuat apa-apa kesilapan fakta?
  • 2. Adakah pengarang menggunakan kaedah atau teknik yang boleh dipersoalkan?
  • 3. Apakah persoalan-persoalan yang masih tidak terjawab?
  • 4. Adakah pengarang mempunyai satu tujuan polemik (a polemical purpose)?
    • a. Jika demikian, adakah ia menggangguhujah?
      b. Jika tidak, mungkinkah ada satu agenda tersembunyi?
C. Debat
  • 1. Sejauh manakah buku ini dibandingkan dengan lain-lain tulisan mengenai isu ini atau topik yang sama?
  • 2. Sejauh manakah tulisan-tulisan ini berbeza?
  • 3. Kenapakah tulisan-tulisan ini berbeza?
    • a. Adakah mereka menggunakan sumber yang sama atau berbeza?
      b. Adakah mereka menggunakan sumber-sumber ini dalam cara yang sama?
      c. Adakah mereka menggunakan kaedah atau teknik yang sama?
      d. Adakah mereka bermula dari sudut pandangan yang sama atau berbeza?
      e. Adakah karya-karya ini ditujukan kepada audien yang sama (same) atau serupa (similar)?
  • 4. Bilakah karya-karya ini ditulis?
  • 5. Adakah pengarang-pengarang itu mempunyai latar belakang yang berbeza?
  • 6. Adakah mereka berbeza dari segi andaian politik, falsafah, etik, budaya dan keagamaan?

© David W. Koeller (1996)

E-mail: 
malayworld@yahoo.com
Dunia Melayu 1998-2003 - https://ujid.tripod.com/history/history-sumber.html
Copyright (C) 1998-2003 Dunia Melayu. Hak cipta terpelihara.