Make your own free website on Tripod.com
Laman Sejarah

Lawati gedung buku terkemuka dunia...

 

Subjek wajib Pengajian Malaysia untuk IPTS, klik di sini

 

Untuk calon PMR, klik di sini

Ekspedisi Carigali temui Kubur Raja Abad Ke-17


Yayasan Warisan Johor telah menemui kubur raja abad ke-17 Sultan Mahmud yang telah mengilhamkan filem Sultan Mangkat Di Julang (The Sultan Who Was Killed in a Sedan Chair).

Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama di kawasan apa yang dikenali sebagai Johor Lama, sekarang Kota Tinggi, pada Ogos 1699. 

Akhbar The Star, 20 Februari 1999 melaporkan, Pengarah Yayasan Zalil Baron berkata kerja carigali yang dilancarkan lewat tahun lalu juga menemui hampir 200 kubur lain kepunyaan raja-raja, putera-putera raja dan pahlawan-pahlawan.

Beliau berkata kubur Sultan Mahmud yang merupakan cucu Sultan Alauddin Riayat Shah II, penubuh Kesultanan Johor, ditemui di Kampung Makam di sini.

"Kebanyakan kubur itu ditemui di sepanjang tebing Sungai Johor, dengan sesetengahnya seperti kubur Sultan mahmud dan Laksamana Bentan, terletak berhampiran dengan bandar.

"Kami juga telah membuat rancangan untuk menjejaki kubur Sultan Abdul Jalil yang memerintah Johor Lama pada 1620, dan kubur Bendahara Tun Habab Abdul Majid dan Tengku Dara Putih," katanya semalam.

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud yang dilahirkan pada 1675 dibunuh oleh Megat Seri Rama selepas raja itu memerintahkan pegawai-pegawai istana menghukum bunuh isteri Megat Seri Rama.

Sultan Mahmud yang sedang diusung di atas julang dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat apabila beliau dibunuh.

Megat Seri Rama, seorang pahlawan dari Bentan telah dijadikan pahlawan istana oleh Sultan Mahmud selepas beliau memusnahkan satu kumpulan lanun di laut Johor.

Bagaimanapun, perlantikan itu dikatakan menyakitkan hati ramai pegawai istana dan mereka mengadakan pakatan jahat supaya isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil dibunuh selepas isteri Megat Seri Rama memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja.

Legenda mengatakan bahawa isteri Megat Seri Rama telah memberitahu Sultan Mahmud bahawa anak yang dia sedang kandung yang mahu memakan buah itu, bukannya dia.

Sultan Mahmud menolak penjelasannya dan memerintahkan supaya dia dihukum bunuh.

Bagaimanapun, apabila sultan memerintahkan perut isteri Megat dibelah, beliau terkejut melihat secebisan nangka sedang berada pada mulut bayi di dalam perut itu.

Zalil berkata projek carigali bernilai RM75,000 oleh Yayasan itu juga menemui batu nisan yang dipercayai dibawa dari Acheh.

Beliau berkata sementara kubur Sultan Mahmud dan Megat Seri Rama ditemui berhampiran bandar, kubur yang lain-lain termasuk kubur Sultan Abdul Jalil dan Tengku Dara Putih ditemui di Kampung Panchor.

Beliau berkata Yayasan itu merancang mendokumenkan dalam bentuk foto (photo-document) kubur-kubur itu dalam sebuah buku dengan latar belakang sejarah Kota Tinggi yang pernah menjadi tapak empayar Johor.

Beliau berkata projek carigali yang melibatkan kira-kira 30 pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga meliputi kawasan-kawasan sepanjang Sungai Sayong di hulu Sungai Johor.

Beliau berkata legenda juga memberitahu tentang seorang lelaki bernama Badang yang hidup di Sayong Pinang yang memperoleh kuasa luar biasa selepas memakan muntah hantu.

Yayasan itu menjangkakan menemui artifak-artifak warisan era tertentu yang menghubungkan Johor dengan kerajaan lama Singapura.

"Di samping mencarigali kawasan-kawasan di Kampung Panchor, Perigi Acheh, Pasak, Belading dan Kampung Kelantan, kami juga merancang untuk menggali kawasan-kawasan di sekitar pelabuhan lama di Johor Lama," katanya.

E-mail: 
malayworld@yahoo.com
Dunia Melayu 1998-2003 - http://ujid.tripod.com/history/johorlama.html
Copyright (C) 1998-2003 Dunia Melayu. Hak cipta terpelihara.