Laman Sejarah

Lawati gedung buku terkemuka dunia...

 

Subjek wajib Pengajian Malaysia untuk IPTS, klik di sini

 

Untuk calon PMR, klik di sini

Mengapa Mengkaji Sejarah Menerusi Sumber Primer?
Oleh
James Harvey Robinson

Terjemahan
Mohamad Fauzi Yunus



Sumber Sejarah:

Adalah jelas bahawa semua maklumat kita berhubung dengan peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan silam berasal daripada bukti-bukti yang pelbagai jenis. Bukti-bukti ini dipanggil sumber. Kadangkala ada sejumlah sumber yang baik dan boleh dipercayai untuk satu-satu peristiwa, misalnya sebagai contoh, peristiwa pemenggalan leher Raja Charles I di England pada tahun 1649, atau kisah pergerakan tentera Napoleon ke Russia. Kadangkala ada hanya satu sumber tunggal, yang tidak dapat dipercayai, misalnya sebagai contoh, dalam kes pengebumian Raja Alaric di dasar sebuah sungai. Bagi banyak hal yang penting, yang hebat, yang kita mahu ketahui mengenainya, malangnya tidak ada sumber-sumber bertulis sama sekali, dan kita hanya boleh meramal saja tentang perkara-perkara itu. Contohnya, kita tidak tahu apa yang orang Jerman lakukan sebelum Julius Caesar membuat hubungan dengan mereka dan menemui kecelaruan untuk memberikan satu keterangan ringkas mengenai mereka. Kita boleh mempelajari sedikit sahaja mengenai bishop-bishop Rom (atau paus-paus) sebelum zaman Maharaja Constantine kerana sedikit sekali rujukan tentang mereka yang datang kepada kita.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak yang membaca dan mengkaji sejarah, pernah bertemu dengan sumber primer (primary sources), atau sumber pertama (first-hand sources); mereka mendapat maklumat mereka itu pada tahap kedua (second hand). Adalah lebih senang untuk membaca apa yang sejarawan moden Edward Gibbon katakan mengenai Constantine daripada merujuk sendiri kepada tulisan Eusebius, Eutropius atau penulis-penulis purba yang daripada merekalah Edward Gibbon perolehi maklumat tersebut. Tambahan pula, Gibbon telah mengkaji dan membandingkan dengan cermat semua sumber primer, dan mungkin berhujah bahawa beliau telah memberikan satu keterangan yang lebih benar, lebih lengkap dan lebih menarik mengenai jangka masa tersebut berbanding dengan keterangan yang boleh ditemui dalam mana-mana tulisan salah seorang daripada mereka (penulis-penulis purba) itu. Karya "Kemerosotan dan Kejatuhannya (Constantine) Dalam Empayar Rom" sudah pastinya merupakan satu karya yang mendapat tempat yang paling tinggi; tetapi meskipun begitu, itu hanya satu laporan daripada laporan-laporan orang lain. Oleh itu, ia bukanlah satu sumber primer, tetapi satu sumber kedua atau sumber sekunder.


Masalah Pengetahuan Kedua:

Kebanyakan pengetahuan mengenai sejarah yang bersifat terkini di antaranya, bagaimanapun, adalah bukan berasal daripada sumber kedua seperti Gibbon dan penulis-penulis berwibawa yang setaraf dengannya; ia datang daripada pembacaan ke atas buku teks, kisah-kisah eksiklopedia, drama dan makalah dalam majalah. Buku panduan dan makalah popular biasanya ditulis oleh orang yang mengetahui sedikit sahaja atau tidak ada pengetahuan langsung tentang sumber-sumber primer; ia sekurang-kurangnya adalah sumber peringkat ketiga (third-hand), sekalipun jikalau ia berasaskan pada keterangan-keterangan sumber kedua yang terbaik. Sebagai satu hal yang berkaitan dengan fakta, ia biasanya "ditampal" bersama-sama daripada buku-buku panduan atau makalah-makalah yang lebih tua dan mungkin empat, lima atau enam kali jauhnya daripada sumber asal pengetahuan tersebut.

Adalah sangat terkenal bahawa lebih kerap satu-satu laporan itu diturunkan dari mulut ke mulut, semakin kurang kebolehpercayaan dan ketepatannya. Perincian-perincian yang tidak penting yang menarik imaginasi akan diperbesar-besarkan, sementara pertimbangan-pertimbangan yang asas (fundamental) mudah dilupakan, jika ianya tidak menarik dan lazim berlaku. Sejarawan, seperti juga orang lain, kadangkala gemarkan kisah-kisah yang baik (menarik) dan mungkin disesatkan oleh sesetengah khabar angin palsu yang, sekali mula beredar, akan menjadi lebih jauh dan lebih jauh daripada kebenaran melalui setiap pengulangannya.

Contohnya, seorang sejarawan yang terkemuka Gereja Eropah, Kardinal Baronius yang menulis kira-kira pada tahun 1600, telah membuat kenyataan-kenyataan, berdasarkan bukti-bukti yang tidak cukup, bahawa apabila menjelang tahun 1000, penduduk Eropah pada umumnya telah percaya bahawa dunia akan kiamat. Robertson, seorang sejarawan Scotch yang sangat popular pada abad ke-18, telah mengulangi kenyataan itu dan mengemukakan pendapat itu untuk menghuraikan suasana panik yang ngeri yang telah menggundah-gulanakan orang-orang yang berdosa apabila tahun yang dahsyat itu (tahun 1000) digambarkan.

Penulis-penulis yang kemudian, termasuk beberapa orang yang sangat terkenal, telah menerima, bahkan menghuraikan dengan panjang lebar keterangan Robertson itu. Walau bagaimanapun, kira-kira 30 tahun lalu, seorang sejarawan Perancis mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada asas yang cukup untuk dongengan itu. Bagi pembabad-pembabad masa itu, tahun 1000 secara jelasnya bukannya lebih luar biasa daripada tahun 997 atau tahun 1003. Kisah tentang suasana panik ini yang diturunkan sampai zaman sekarang sebagai fakta sejarah selama beratus-ratus tahun, memberikan satu gambaran yang hebat mengenai betapa bahayanya mempercayai sumber kedua. [Nota (1998): Dalam kes ini revisionisme sejarah telah melengkapi satu pusingan - sekarang ada sebilangan sejarawan yang memikirkan bahawa tahun 1000 mempunyai beberapa kepentingan dari sudut budaya.]


Soalan Yang Ditanya Mengenai Sebuah Karya Sejarah:

Salah satu daripada soalan-soalan yang pertama-tama untuk ditanya ketika mempertimbangkan sebuah karya sejarah ialah, "Di manakah penulis itu memperolehi maklumat tersebut?" Adakah penulis itu telah menyalin begitu saja kenyataan- kenyataannya daripada karya-karya yang lebih mudah diperolehi dalam satu bahasa yang lazim dengannya, meskipun kenyataan-kenyataan itu tidak boleh dipercayai dan telah ketinggalan zaman (out of date); atau tidak puas hati dengan sumber-sumber yang tidak pasti, adakah penulis itu telah lazim dengan penyelidikan-penyelidikan yang lebih terkini oleh sarjana-sarjana terkemuka dalam lapangannya, dalam apapun bahasa ia ditulis; atau lebih baik lagi, adakah ahli sejarah telah membuat satu kajian sendiri ke atas bukti asal tentang peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan dibincangkan itu?

Contohnya, sebuah buku kecil atau sebuah makalah mengenai Charlemagne mungkin ditulis selepas membaca buku "Charles The Great" karya Hodgkin, "Alcuin" oleh West, dan satu atau dua buku lain yang mudah diperolehi mengenai subjek tersebut. Dari segi yang lain, penulis itu mungkin berpaling kepada Perancis raya atau Jerman raya yang mengikat persetiaaan terhadap pemerintahan Charlemagne dan tahu dengan semua makalah yang ada mengenai subjek itu dalam jurnal-jurnal sejarah atau dalam perbincangan- perbincangan dalam persatuan-persatuan akademik. Setiap sejarawan yang saksama, walau bagaimanapun, akan ingin pergi lebih jauh dan secara langsung untuk melihat bukti dan menarik kesimpulan-kesimpulan sendiri. Seorang sejarawan yang bagus akan menoleh kepada sumber-sumber itu sendiri dan membaca dengan cermat "Sejarah Biara-biara Lorsch" (the Annal of the Monastries of Lorsch), "Sejarah Kehidupan Charlemagne" (the Annal of the life of Charlemagne) oleh setiausahanya bernama Einhard, dan "Sejarah Einhard" (the Annal of Einhard). Satu penyelidikan yang sedemikian juga akan menghalusi semua undang-undang yang banyak itu yang diluluskan pada zaman pemerintahan Charlemagne dan "merundingi" semua penulis pada zaman itu yang merujuk kepada maharaja tersebut dan kepada peristiwa-peristiwa umum. Dengan cara ini, kepakaran akan memperolehi semua yang masa silam telah serahkan kepada kita mengenai subjek ini dan semua yang diketahui mengenai perkara itu. Oleh kerana itu, sejarawan-sejarawan yang sangat dipercayai adalah orang-orang yang memeriksa sumber-sumber itu sendiri, tetapi pada masa yang sama mengambil faedah daripada cadangan-cadangan, kritikan-kritikan dan keterangan-keterangan yang dibuat oleh sarjana-sarjana lain yang juga telah mengkaji dokumen-dokumen asli itu.


Keperluan Menggunakan Sumber Pertama:

Tidak ada kemajuan dalam kaedah-kaedah pengajaran sejarah di sekolah-sekolah tinggi dan kolej-kolej kita tetapi ada kemungkinan boleh menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih baik, iaitu melalui rancangan membawa pelajar-pelajar mendekati keterangan-keterangan "first-hand" mengenai satu-satu peristiwa atau, seperti mana yang ia diistilahkan secara teknikal, sumber pertama.

Istilah ini mungkin melemahkan atau mungkin membangkitkan semangat ghairah orang-orang tertentu. Tetapi adalah satu kesilapan untuk membuat kesimpulan bahawa sumber primer sukar untuk diperolehi, lembam dan sukar untuk dibaca. Sebaliknya, ia kadangkala mudah untuk dibaca, dan kerapkali lebih garang dan menghiburkan berbanding dengan huraian-huraian yang sangat menonjol oleh penulis-penulis yang berbakat seperti Gibbon atau Macaulay.

Autoriti kedua yang terbaik yang mewakili sumber-sumber itu adalah seperti huraian tentang sebuah hasil seni atau sebuah naskah contoh kesusasteraan yang mewakili naskah asal. Oleh kerana kita mampu mengabaikan gambar itu sendiri, atau penyair agung atau drama agung, dan membataskan diri kita kepada beberapa keterangan yang lain mengenainya, jadi dalam karya sejarah, kita mungkin mengambil setiap kesempatan memeriksa sendiri asas-asas yang membina sejarah itu.

Memang, mungkin dibahaskan bahawa sejarawan terlatih, selepas membiasakan diri mereka dengan orang dan keadaan-keadaan pada satu jangka masa tertentu, boleh menggnakan sumber-sumber itu dengan lebih baik berbanding dengan mana-mana pelajar yang tidak terlatih. Tetapi meskipun begitu, dengan mengakui kekuatan hujah ini, ada begitu banyak yang boleh dipelajari daripada satu kajian tentang keterangan-keterangan asli yang tidak boleh dihasilkan semula oleh sarjana yang sangat berkemahiran, bahawa tiada pelajar atau pembaca yang berkebolehan sepatutnya puas dengan huraian-huraian "second-hand" jika sumber primer boleh digunakan.

Sumber-sumber itu secara tidak sedar dicorakkan oleh semangat zaman itu, zaman di mana ia ditulis. Setiap jaluran memberi beberapa bayangan tentang zaman di mana pengarang itu hidup dan memberi satu tarikan kepada kita yang huraian-huraian "second-hand" tidak pernah hasilkan. Maklumat itu juga datang kepada kita dalam satu bentuk yang kita tidak mudah lupakan. Fakta-fakta "karam" dalam ingatan kita. Seseorang yang sebetulnya bercakap dengan Atila atau yang menyaksikan penaklukan Jerusalem oleh tentera salib, adalah dengan jelasnya lebih mungkin untuk membangkitkan minat kita berbanding dengan seorang penulis zaman kita ini, walau bagaimana banyak sekalipun yang pengarang moden itu mungkin tahu mengenai raja Huns atau raja tentera salib pertama. Itu membuatkan tidak ada tarikan yang besar ke atas kita yang boleh diberitahu yang sarjana-sarjana zaman Dante mula minati untuk mempelajari tentang zaman purba orang Greek dan Rom; tetapi tidak ada seorang pun boleh mendapatkan keterangan puitis Dante sendiri mengenai kawasan-kawasan jajahan melalui wakil-wakil agung kesusasteraan pagan - Homer, Horace, Ovid dan Lucan, - orang "dengan mata yang lembap dan besar, mempunyai wibawa yang besar pada perawakan mereka," yang "bercakap jarang-jarang dan dengan suara yang lembut."

Tambahan pula, kajian ke atas sumber-sumber membolehkan kita, pada beberapa tahap, membentuk pendapat-pendapat kita sendiri tentang masa silam, supaya kita tidak perlu lagi mempercayai buku-buku panduan semata-mata yang selalunya satu, dua atau tiga kali jauhnya dari sumber-sumber itu sendiri. Apabila kita mendapatkan sumber-sumber itu sendiri, kita tidak lagi semata-mata membaca dan mengingat; kita mula menimbangkan apa yang mungkin disimpulkan dengan berhati-hati daripada kenyataan-kenyataan di depan kita dan sebagainya, mengembangkan fakulti kritikan yang penting. Kita bukan mengumpulkan secara mudah fakta-fakta tetapi cuba menentukan sifat dan makna sebenarnya.

Keupayaan untuk melakukan ini bukan semata-mata memerlukan kerja yang bersifat kesarjanaan; ia adalah sesuatu yang sangat penting berhubung dengan hal ehwal kehidupan seharian. Untuk mengambil satu gambaran tunggal: seseorang tidak boleh gagal melihat daripada satu kajian sumber yang Luther itu terlalu tidak adil kepada musuh-musuhnya dan menganggap kelakuan mereka sebagai turunan daripada motif-motif kejahatan apabila mereka bertindak secara agak konsisten dan mengikut apa yang mereka anggap sebagai kebenaran. Penentang-penentangnya, pada satu pihak, memperlakukannya dengan ketidakadilan yang sama dan mengisytiharkannya sebagai seorang manusia yang durjana dan tidak senonoh kerana beliau menolak untuk menerima pandangan-pandangan mereka.

Kita dengan tepatnya menemui ketidakadilan yang sama hari ini, seperti contohnya, dalam kes satu pilihanraya perbandaran, di mana setiap pihak memperkatakan hanya kejahatan pihak yang lain. Walau bagaimanapun, adalah tidak terlalu sukar untuk melihat secara saksama pada motif-motif dan kelakuan orang yang hidup lama dulu oleh kerana, itu menjadi adil dalam perkara-perkara yang kita minati secara mendalam. Dengan menanam simpati dan kesaksamaan dalam memperkatakan masa lalu, kita mungkin berharap mencapai satu titik di mana kita boleh memandang masa kini dengan baik dan berhemah. Dalam cara ini, kajian sejarah yang mendalam berfungsi untuk mengembangkan kebaikan-kebaikan yang sangat asas baik rasa simpati, keadilan dan kewaspadaan dalam membentuk penilaian-penilaian kita.


Kebolehgunaan Sumber Primer Moden:

Selewatnya pada awal abad ke-19 [nota (1998): seratus tahun sebelum Robinson menulis] petunjuk kepada sumber-sumber sejarah Eropah masih merupakan sesuatu yang beronak. Manuskrip-manuskrip yang mempunyai kepentingan sejarah kerapkali bertaburan dalam koleksi-koleksi kecil yang tidak terhitung banyaknya, terutamanya di biara-biara. Dokumen-dokumen itu berlonggok dalam bilik-bilik gelap, bilik-bilik bawah tanah yang gelap dan loteng-loteng berdebu. Ia kerapkali disalin tanpa hati-hati, penuh kesilapan dan haram kecuali kepada orang yang secara khusus berpengalaman dalam kesenian mentafsirkan rahsia tulisan tangan purba. Biasanya tidak ada katalog dan tiada apa-apa untuk memandu penyelidik kepada material-material yang diperlukan. Sarjana terpaksa bergerak jauh dari satu tempat ke satu tempat dan kembali dengan banyak bahan yang tidak bernilai atau tidak relevan dalam pencarian yang tidak pasti, hanya untuk mendapatkan sedikit sahaja yang mungkin berguna.

Tetapi semua ini sudah berubah. Sarjana-sarjana sekarang mungkin duduk di satu meja yang selesa dalam sebuah perpustakaan yang selesa, yang mempunyai cahaya yang baik; mereka mencetak dengan jelas buku-buku di depan mereka, teks-teks dibina melalui satu perbandingan ke atas semua manuskrip yang diketahui tentang karya yang dikaji. Bahan-bahan ini diperiksa dan dibandingkan oleh seorang pakar; kesilapan-kesilapan dihapuskan, dan karangan-karangan yang sukar akan diterangkan. Karya itu dianalisis dengan cermat dan dibekalkan dengan satu indeks, supaya seseorang boleh mencari dalam beberapa saat hanya perenggan-perenggan yang berkaitan dengan subjek yang ingin dikaji.

Tugas menterjemahkan sumber-sumber yang boleh digunakan menjadi sesuatu yang lama dan menyakitkan, dan memakan masa selama tiga atau empat ratus tahun. Seawalnya abad ke-17, sarjana-sarjana mula membawa bersama-sama babad-babad zaman pertengahan dan mencetaknya dalam koleksi-koleksi yang sesuai. Pada masa Raja Louis XIV di Perancis, satu kumpulan paderi aliran Benedictine di Perancis mendapat penghormatan disebabkan peraturan-peraturan purba mereka dengan menerbitkan beberapa siri yang terpuji dan dengan menyediakan huraian-huraian untuk memudahkan penyelidikan sejarah.

Abad ke-19 menyaksikan satu perkembangan semangat saintifik yang kritis yang menjadikan ia satu keperluan untuk mencetak semula banyak sumber yang dahulunya kelihatan dalam bentuk yang tidak sempurna. Tambahan pula, beribu-ribu jilid bahan terdahulu sampai sekarang dapat digunakan hanya dalam manuskrip yang ditambah kepada sumber kita.

Yang sangat terkemuka di antara banyak koleksi itu ialah yang dalam penerbitan di Jerman sejak 1826 - "the Monuments Germanise Historica". Bermula di bawah penyeliaan satu persatuan sejarah, hinggalah masa kematian Pertz editor asalnya, ia diletakkan di bawah penyeliaan satu suruhanjaya kerajaan (1875). Jilid-jilid yang diterbitkan sejak tarikh itu membina satu piawaian tentang kecemerlangan yang paling tinggi.

Di England, banyak jilid bahan sejarah dikeluarkan sejak 1858 di bawah arahan "the Master of the Rolls", dan membentuk apa yang dipanggil "Rolls Series". Perancis, Itali, Austria, Belgium dan lain-lain negara Eropah mempunyai setiap siri mereka sendiri, besar dan kecil. Sesetengah jilid ini mendapat sokongan kerajaan, tetapi peranan yang lebih besar daripada itu adalah kerana usaha persatuan-persatuan sejarah atau sarjana-sarjana individu.

Jadi, dengan cepat sumber-sumber itu dicetak, maka tidak diperlukan lagi dalam kebanyakan lapangan penyelidikan sejarah untuk bergantung sebagai mana dulu pada manuskrip-manuskrip dalam perpustakaan-perpustakaan dan arkib-arkib Eropah. Sekurang-kurangnya sesetengah universiti dan perpustakaan awan kita sekarang mengandungi banyak koleksi besar sumber-sumber bercetak, dan adalah mungkin untuk melakukan penyelidikan sejarah yang memuaskan dalam beberapa lapangan di Boston atau New York di samping London dan Paris.

Akan menjadi tidak berguna untuk mengira nama-nama siri ini, sekalipun sesuatu siri yang penting, kerana adalah mustahil untuk menyimpulkan daripada tajuk umum satu-satu set besar akan apa karya-karya dan dokumen-dokumen khusus yang terkandung di dalamnya. Tambahan pula, penerbitan, penyelidikan dan kritikan moden terhadap sumber-sumber itu menyebabkan wujudnya penyediaan sejumlah karya rujukan yang tidak boleh diketepikan begitu saja yang bukan bertujuan memperkatakan secara langsung sejarah tetapi berfungsi sebagai panduan kepada orang yang mencari bahan yang diperlukan oleh sejarawan. Beberapa bahan yang sangat bernilai akan disebut di sini sebagai gambaran tentang peralatan yang perlu dalam semua kajian sejarah yang profesional.


Panduan Menggunakan Sumber Primer:

Untuk mempelajari apa sumber itu dan di mana ia boleh ditemui adalah prasyarat pertama bagi penyelidikan sejarah. Seorang penulis Perancis, Langlois telah menerbitkan satu bibliografi yang sangat berguna bagi ilmu bibliografi sejarah, satu katalog yang mengandungi senarai terbaik sumber-sumber dan buku-buku huraian sejarah.

Langlois, Manuel de bibliographie, Part I, "Instruments bibliographiques," 2nd ed., Paris, 1901.

Senarai sedemikian sangat banyak dan kerapkali berjilid. Yang sangat berguna dan bersifat kesarjanaan ialah Wegweise atau "Panduan" oleh Potthast, dalam 2 jilid.

Potthast, Wegweiser durch die Geschichtswerke des Eiropaischen Mittelatters bis 1500, 2 Vols, 2nd ed., Berlin, 1895-1896.

[Diadaptasikan daripada James Harvey Robinson, "The Historical Point of View", dalam Readings in European History, Vol. I (Boston: Ginn, 1904), 1-13]

© James Harvey Robinson (1904), Dunia Melayu, 1999

E-mail: 
malayworld@yahoo.com
Dunia Melayu 1998-2003 - https://ujid.tripod.com/history/primer.html
Copyright (C) 1998-2003 Dunia Melayu. Hak cipta terpelihara.