Laman Sejarah

Lawati gedung buku terkemuka dunia...

 

Subjek wajib Pengajian Malaysia untuk IPTS, klik di sini

 

Untuk calon PMR, klik di sini

Tuk Janggut Dituduhi Sultan Sendiri

Oleh
Ahmad Sayuthi



Haji Mat Hassan bin Panglima Munah atau Tuk Janggut, pemimpin pemberontakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1915 adalah mungkin tokoh yang sangat terkemuka dari negeri berkenaan di sepanjang awal jangka masa peng-libatan British di sini.

Sementara beliau sekarang diakui oleh ahli-ahli sejarah dan intelektual selepas kemerdekaan sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan satu alasan yang adil menentang British, banyak orang, termasuk orang tempatan tidak sedar tentang keadaan malang yang menimpanya dan pengikut-pengikutnya.

Adalah mungkin juga menjadi satu misteri kepada banyak orang seperti kenapa kuburnya berada di Pasir Pekan dalam daerah Tumpat, yang kira-kira 50 km jauhnya dari tempat di mana dia menemui ajalnya dalam satu pertempuran menentang British.

Tidak seperti kebangkitan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Datuk Bahaman serta Mat Kilau di Pahang yang mendapat sokongan sultan mereka masing-masing, sokongan itu tidak sama untuk Tuk Janggut.

Beliau sebenarnya dicap sebagai seorang penderhaka (seseorang yang melakuan pengkhianatan terhadap raja) oleh raja kelantan, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad IV.

Raja itu begitu marah dengan kebangkitan itu dan tubuh Tuk Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah di hadapan istananya (sekarang Padang Merdeka) selama beberapa hari.

Kejadian itu sebenarnya satu kesudahan yang menyedihan bagi Tuk Janggut, yang merupakan orang yang ketiga dalam keluarganya menemui ajal secara kejam. Adik bongsunya bernama Tahir dan ayahnya juga dibunuh di sepanjang masa Tuk Janggut pergi menunaikan haji ke Mekkah sebelum kekacauan yang membawa kepada pemberontakan itu.

Seperti banyak peristiwa sejarah yang lain, pemberontakan Tuk Janggut bermula secara cukup mudahnya. Dikatakan bahawa pemberontakan itu berpusat di sekitar cukai yang terlalu tinggi ke atas tanah dan hasil pertanian yang dikuatkuasakan oleh pejabat jajahan Pasir Puteh.

Kelantan pada dahulunya sebuah negeri tributary kerajaan Siam sehinggalah 1909 apabila ketuanan didapati oleh British hasil daripada satu perjanjian di antara dua bangsa itu.

Bagaimanapun, mengikut ahli sejarah, Haji Buyong Adil, Tuk Janggut dan pengikutnya meskipun tidak puas hati, pada mulanya sedia untuk membayar cukai itu. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengabaikan kesudian rakyat yang telah pergi untuk membayar cukai itu. Dengan hanya seorang petugas yang ditugaskan untuk memungut cukai itu, orang kampung telah menunggu selama tiga hari untuk membuat pembayaran.

Jemu dengan keadaan ini, Tuk Janggut memutuskan untuk tidak membayar cukai. Beliau juga pergi ke seluruh jajahan itu meminta rakyat jangan berbuat demikian. Mereka juga tidak senang dengan kehadiran orang asing di Kelantan dan sudah bersetuju dengan permintaan Tuk Janggut.

Pegawai jajahan, yang marah oleh kemerosotan pembayaran itu telah memerintahkan penangkapan Tuk Janggut atas dakwaan menghasut rakyat memberontak. Pada ketika itu, tindakan-tindakan Tuk Janggut dan pengikut-pengikutnya adalah lebih merupakan satu protes, bukannya satu pemberontakan.

Ketika menerima maklumat tentang tempat Tuk Janggut berada, 6 anggota polis yang diketuai oleh sarjan Sulaiman telah bergerak di Kampung Merbul, 3 km dari bandar. Mereka tidak boleh berbuat demikian pada masa yang tidak sesuai kerana Tuk Janggut sedang berucap di depan khalayak kira-kira 1,000 orang kampung, kebanyak-annya bersenjata, apabila polis tiba.

Meskipun mempunyai kekuatan pada masa itu, Tuk Janggut setuju untuk mengiringi polis itu ke pejabat jajahan untuk menjelaskan tentang tindakannya. Bagaimanapun, satu perbantahan telah berlaku di antara beliau dengan sarjan Sulaiman yang menyebabkan Tuk Janggut dan pengikutnya menjangkau satu titik tidak pulang. Tuk Janggut menegaskan bahawa polis berjalan seiringan atau di depannya, bukannya di belakangnya, seolah-olah mengawalnya daripada mela-rikan diri.

Tuk Janggut menikam mati sarjan Sulaiman dengan kerisnya apabila sarjan Sulaiman menolak permintaannya. Disebabkan ketakutan, anggota polis yang lain menyerah diri. Mereka kemudiannya dilepaskan, tetapi bukan bersama senjata.

Itulah permulaan pemberontakan. Pemberontak tahu apa yang mereka perolehi dan memutuskan untuk mengambil inisiatif sebelum British membalas. Mereka bergerak ke Pasir Puteh dan menawan bandar itu. Pegawai-pegawai British di sana telah membuat satu pelarian yang tergesa-gesa (a hasty exit) dengan bot ke Kota Bharu apabila mereka tahu tentang bilangan pengikut Tuk Janggut.

Pemberontak kemudian menubuhkan pentadbiran mereka sendiri dengan Tuk Janggut sebagai ketua menteri jajahan itu. Mereka berkata mereka tidak menentang sultan dan cuba mene-rangkan kepada sultan alasan atas tindakan mereka itu.

Bagaimanapun, sultan berasa terancam oleh peristiwa itu dan memutuskan bahawa Tuk Janggut telah melampaui kedudukannya. Sultan juga mengisytiharkan bahawa Tuk Janggut telah menderhaka, yakni satu jenayah utama dalam masyarakat Melayu feudal dan ditawarkan ganjaran $5,000 untuk penangkapannya.

Sultan kemudian meminta British, yang menghantar satu kapal perang dan pasukan tentera dari Singapura, untuk menawan semula bandar itu.

Dicap sebagai orang buangan (outcast) dan tidak ada tempat lagi untuk berpaut, pemberontak itu yang sekarang terasing daripada masyarakat Kelantan sedar yang mereka berdepan dengan musibah-musibah daripada tindakan mereka.

Bagaimanapun mereka cukup bijak untuk mengakui langkah-langkah mereka dan tidak berdepan dengan pasukan British yang mempunyai kelengkapan itu. Sebaliknya, pemberontak keluar dari bandar dan bersembunyi. Selepas satu minggu, tentera British kembali ke Singapura apabila mereka tidak menjumpai pemberontak.

Sultan sekali lagi meminta British menolong apabila dia tahu bahawa Tuk Janggut merancang untuk mengambil alih semula bandar itu. Pada masa ini British mengirim tentera Sikh dan Melayu yang membakar rumah-rumah penduduk kampung dalam keadaan apabila mereka tidak dapat menemui pemberontak.

Tuk Janggut memutuskan untuk membalas dendam dan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Bagaimanapun bandar itu telah dipertahankan dengan baik dan pemberontak terpaksa berundur ke Kampung Saring, dengan tentera British memburu ganas.

Satu pertempuran sengit berlaku di mana beratus-ratus, kebanyakannya pemberontak syahid. Yang syahid itu termasuk Tuk Janggut, di mana tubuhnya dibawa dalam kereta lembu ke Kota Bharu; satu perjalanan yang mengambil masa beberapa hari.

Seseorang hanya boleh menggambarkan keadaan tubuh Tuk Janggut sebelum beliau dikebumikan kemudiannya. Tempat itu yang hanya menyeberangi Sungai Kelantan, dipilih.

Pada hari ini, jalan sempit menuju ke makam (mausoleum) itu dan juga mukim itu dinamakan sempena nama Tuk Janggut. Bagaimanapun, makam itu menunjukkan tanda-tanda pengabaian. Peri-ngatan di tepi kuburnya juga tidak cukup dan gagal menerangkan kepada pelawat tentang pahlawan yang disusun oleh satu rantaian peristiwa hingga akhirnya yang mengetuai satu pemberontakan.

New Straits Times
Monday, 28 February 1994

© New Straits Times (1994), Dunia Melayu (1999).

E-mail: 
malayworld@yahoo.com
Dunia Melayu 1998-2003 - https://ujid.tripod.com/history/tukjanggut.html
Copyright (C) 1998-2003 Dunia Melayu. Hak cipta terpelihara.