Dindingi
Pelayaran Internet Anda!
Oleh Mohamad
Fauzi Yunus
Kebanyakan
kita mengambil mudah ketika melayari Internet sedangkan kita terdedah kepada
serangan dan pencerobohan. Sebagai mana seorang manusia yang mesti mempunyai
pendinding daripada serangan "evil's eye" atau sihir, maka begitu juga
dengan komputer kita. Komputer kita mesti mempunyai pendinding bagi menghalang
serangan dan pencerobohan. Satu program utiliti keselamatan yang boleh
menolong anda menepis pencerobohan "hackers" ialah
ZoneAlarm
di laman www.zonelabs.com.
ZoneAlarm
boleh menghalang "hackers" daripada menemui dan menceroboh komputer anda,
mencari dan menghentikan Trojen horse, melindungi komputer daripada ancaman
yang tidak diketahui, menjaga komputer dan maklumat-maklumat sulit dengan
selamat dan membolehkan anda berkongsi maklumat hanya dengan orang yang
anda percayai dan merekodkan semua aplikasi yang menggunakan Internet daripada
komputer anda.
Untuk menguji
sama ada komputer anda selamat atau tidak ketika melayari Internet, anda
boleh melawat satu tapak penilaian/pengujian keselamatan secara online
iaitu laman Shield'UP Steve Gibson di tapak www.GRC.com.
Di sini anda boleh menguji sama ada komputer anda selamat atau tidak.
Ada pihak
yang telah mencuba pengujian di tapak tersebut. Sebelum beliau memasang
program keselamatan ZoneAlarm, beliau telah mengujian tahap
keselamatan komputernya di laman ShieldUP. Ujian tersebut
menunjukkan bahawa "Port 139" komputernya terbuka luas (OPEN) yang bermaksud
bahawa komputernya menerima satu connection halimunan (anonymous
connection) pada "NetBIOS File" yang sangat tidak selamat dan "Printer
Sharing port" daripada satu komputer lain yang tidak dikenali.
Apakah implikasinya
jika gejala-gejala di atas ditemui di komputer anda? Sebenarnya ada banyak
"pengimbas" yang boleh digunakan secara bebas yang dioperasikan oleh orang
yang jahat dalam Internet yang mencari komputer-komputer yang sedang mengoperasikan
"Windows File" dan "Printer Sharing". Dan jika perkongsian itu dilindungi
oleh kata laluan dan cukup penting, mana-mana pemecah kata laluan (password
crackers) akan menyambar kata laluan anda hingga pertahanan anda ditembusi.
Tetapi selepas
beliau memasang utiliti keselamatan ZoneAlarm, gejala-gejala
di atas tidak ditemui lagi pada komputernya.
Saya sendiri
telah menguji tahap keselamatan komputer saya di tapak ShieldUP.
Alhamdulillah, tahap keselamatan komputer saya terjaga rapi walaupun sebelum
saya memasang utiliti ZoneAlarm. Buat masa ini, ZoneAlarm
masih percuma. Pengarang utiliti ini menggalakkan para pelayar Internet
supaya lekas-lekas mendapatkannya. Ada kemungkinan utiliti ini tidak akan
percuma lagi pada masa akan datang.
Anda juga
boleh menggunakan utiliti keselamatan yang baru dilancarkan, Norton
Internet Security yang dikeluarkan oleh sebuah gergasi perisian keselamatan
iaitu Symantec. Ada beberapa utiliti keselamatan lain yang ditawarkan untuk
para pelayar Internet (klik di sini).
4 Mac 2000. |