Masalah mesej fail tidak ditemui

Apabila saya switch on PC saya, mesej ini muncul: "Remind.exe. Cannot find the file remind.exe (or one of its components). Make sure the path and filename are correct and that all required libraries are available".

Untuk seterusnya saya, klik OK dan mesej berikut muncul pula: "Desktop. Could not load or run remind.exe specified in the WIN.INI file. Make sure the file exist on your computer or remove the reference to it in the WIN.INI file."

Bagaimana saya mahu hapuskan mesej ini?
 

Jawapan:

Ada fail yang bernama WIN.INI dalam Windows directory. Buka fail ini dengan apa-apa perisian word processor. Anda akan temui di dalam fail ini terkandung banyak baris teks. Di atas sekali anda akan lihat sama ada load=remind.exe atau run=remind. Exe. Untuk hapuskan mesej yang anda katakan itu, padamkan perkataan "remind.exe" daripada baris itu. Contohnya, jika baris itu dibaca run=remind.exe, tukar biar jadi run=. Save fail WIN.INI dalam format text (txt), jika tidak, setting itu tidak sah. Restart PC anda. Masalah akan selesai.