Saya mempunyai sebuah Cyberlink Trident 3D accelerated graphics processor card (AGP). Pada halaman pertama buku panduan (manual), disebut bahawa kad ini menyokong hingga kepada 66 MHz AGP dengan sideband dan pipeline. Tetapi pada halaman konfigurasi perkakasan (hardware) berikutnya ia menyenaraikan bahawa SGRAM Memory Clock Jumper Setting boleh diset kepada 66 MHz, 75 MHz, 83 MHz, 90 MHz, 100 MHz dan 110 MHz (buku panduan tidak menerangkan ini untuk tujuan apa). Saya menggunakan setting 100 Mhz pada ketika ini untuk PC 100 MHz saya iaitu AMD K6-2 3D 300, 64 PC-100 SDRAM. Adakah ini bermakna bahawa kad AGP saya mampu beroperasi pada 100 MHz? Jika tidak, bolehkah diterangkan mengapa? Jawapan: SGRAM (Sychronous Graphics Random Acces Memory) menggunakan satu teknologi yang sama dengan SDRAM (Synchronous Dynamic Random Acces Memory), dengan sedikit pengelokan. SGRAM biasanya digunakan
sebagai higher-end RAM untuk display card. Saya tidak pasti apa
yang anda maksudkan dengan "sama ada kad video anda beroperasi pada 100
MHz". Jika itu bermakna anda bertanyakan tentang sama ada AGP bus
(di mana kad anda dihubungkan kepadanya) beroperasi pada 100 MHz, jawapannya
tidak. Saya tidak fikir begitu. Setting ini sangat mungkin digunakan untuk
ditentukan "kelajuan" RAM pada kad anda dan bukan kelajuan AGP bus. AGP
bus ditetapkan pada 66 MHz tanpa mengira jumper setting pada kad
itu.
|