Apakah keperluan minimum yang mesti ada untuk memainkan MPEG (Motion Picture Experts Group) Audio Layer 3 (MP3)? Katakan saya mempunyai CPU 486DX4. Jawapan: MPEG tidak menyebut secara
khusus keperluan minimum perkakasan (hardware) untuk "format" MP3 itu sendiri.
Keperluan minimum perkakasan biasanya ditentukan oleh pengarang-pengarang
perisian yang menggunakan format ini untuk audio playback. Format
MP3 hanyalah satu format - ia bukan satu perisian. Dengan demikian,
ia tidak mempunyai "keperluan minimum perkakasan". "Keperluan minimum perkakasan"
biasanya akan dinyatakan oleh penerbit perisian yang menulis perisian yang
mengambil faedah daripada format itu (seperti decoder-decoder MP3 - iaitu
player) dan encoder-encoder - iaitu recorder-recorder). Keperluan minimum
perkakasan bagi satu-satu perisian khusus akan dinyatakan oleh pengarang
atau penerbit. Dikatakan dengan lebih mudah ialah ia bergantung perisian
apa yang anda guna.
|