Laman Sejarah

Lawati gedung buku terkemuka dunia...

 

Subjek wajib Pengajian Malaysia untuk IPTS, klik di sini

 

Untuk calon PMR, klik di sini

Misteri Akhenaten

Walaupun kita mengetahui banyak perkara mengenai Akhenaten berbanding dengan beberapa firaun lain, masih ada beberapa misteri besar berhubung dengan pemerintahannya. Pelbagai pakar mempunyai teori yang berbeza berhubung dengan raja yang enigmatik ini. Pada halaman ini saya akan memperincikan beberapa teori yang dikemukakan bersama-sama dengan pro dan kontranya.

Penampilan Akhenaten Yang Asing Pada Patung dan Ukiran Timbulnya

Patung-patung Akhenaten dalam apa yang dipanggil gaya Amarna menunjukkan Firaun ini sebagai seorang yang kurus cengkung dengan dada yang sempit dan pinggul (rangka punggung) yang luas. Alasan berikut diberi untuk keadaan ini.

Akhenaten Adalah Seorang Wanita

Satu tafsiran tentang sifat fizikal Akhenaten yang ganjil itu ialah bahawa dia sebenarnya seorang perempuan.

Dia Menderitai Satu Penyakit

Adalah dicadangkan bahawa Akhenaten menderitai penyakit Sindrom Frohlich (Frohlich's Syndrome). Ini mungkin menerangkan penampilannya yang ganjil, tetapi satu kesan sampingan penyakit itu ialah keadaan tidak berdaya (impotence). Akhenaten dilaporkan mempunyai 6 anak perempuan dengan permaisuri Nefertiti yang membuatkan penerangan ini adalah tidak mungkin, walaupun agak mungkin bahawa penyakit itu telah menyerangnya kemudian.

Ia Adalah Gaya Kesenian Amarna Yang Unik

Gaya artistik zaman Amarna tidak ada bandingan dengan lain-lain zaman di Mesir Purba. Buat pertama kalinya sifat raja ditunjukkan dalam keadaan yang lebih semula jadi, kurang formal. Tambahan pula, patung-patung yang ganjil di Karnak digambarkan berlebih-lebihan dengan sengaja untuk menampakkan penampilan raja-raja terpisah daripada manusia biasa.

Monotheisme Akhenaten

Dia Adalah Nabi Musa

Apabila kajian tentang kehidupan Akhenaten menjadi lebih popular pada lewat abad ke-18, ramai yang cuba menyamakan Firaun itu dengan Nabi Musa seperti yang disebut dalam Bible. Adalah juga dicadangkan bahawa Nabi Musa sebenarnya seorang pegawai tinggi di istana Amenhotep III.

Dia Adalah Seorang P Pengkhayal Agama (Religious Visionary)

Kepercayaan kepada Aten (Atenism) boleh ditafsirkan sebagai langkah pertama dalam satu evolusi agama yang logik (a logical evolution of religion) daripada kepercayaan kepada banyak tuhan bawahan (politeisme) kepada satu tuhan utama (monoteisme). Jika seandaianya demikian, maka Akhenaten boleh dilihat sebagai penubuh kepada kebanyakan kepercayaan moden.

Dia Adalah Seorang Opportunis Politik (Political Opportunist)

Apabila Akhenaten mewarisi takhta, pendita-pendita Amun mengawal Mesir. Kuil-kuil sangat kaya dan berkuasa, dan Akhenaten mungkin melihat kemusnahan mereka itu sebagai cara untuk mencapai cita-citanya sendiri seterusnya. Secara efektifnya dalam kepercayaan kepada Aten (Atenism), Firaun adalah satu-satunya orang yang boleh membuat persembahan (offerings) secara langsung kepada Tuhan, yang akan memberikannya kuasa sebagai pemimpin agama dan politik.

Dia Adalah Seorang Yang Tidak Waras

Satu lagi penerangan yang mungkin ialah bahawa Akhenaten adalah seorang yang tidak waras (gila). Dalam banyak teks Aten, tuhan disebut sebagai "Bapa", dan adalah mungkin bahawa Akhenaten sebetulnya percaya yang "cakera matahari" (the sun disk) adalah penjelmaan fizikal Amenhotep III. ("Cakera matahari" ialah satu gambar matahari yang diapit oleh dua ekor ular besar dan sayap burung yang terbuka).

Kekurangan kempen asingnya (foreign campaigns)

Ramai menganggap kurangnya tindakan Akhenaten di kawasan-kawasan terpencil dalam Empayar Mesir. Kebanyakan kritikan ini muncul daripada Surat-surat Amarna (the Amarna Letters), surat-surat diplomatik daripada gabenor-gabenor kawasan terpencil kepada Firaun. Bagaimanapun, bukti perhubungan setiap hari ini sepatutnya diambil mengikut konteks. Surat-surat itu menyediakan a "wart and all" look tentang diplomasi pada zaman itu tidak seperti tulisan-tulisan kubur yang banyak pada zaman-zaman lain. Teori-teori asas mengenai ini adalah seperti berikut. Adalah mungkin bahawa kawalan Akhenaten ke atas kawasan-kawasan terpencil yang dinyatakan itu adalah begitu kukuh, jadi tidak ada campurtangan besar diperlukan. Menariknya, tidak ada bukti bahawa apa-apa kota yang meminta pertolongan melalui Surat-surat Amarna itu telah hilang daripada kawalan Mesir pada masa itu.

Dia Membiarkan Pengaruh Mesir Berkecai-kecai

Ada kekurangan bukti tentang apa-apa kempen asing (foreign campaigns) di sepanjang pemerintahan Akhenaten. Adalah dicadangkan bahawa raja itu begitu terlibat dengan agama barunya, dan kota barunya, yang banyak sumber-sumber yang diperlukan dilencongkan daripada lain-lain kawasan dalam empayar itu.

Dia Disalahgambarkan

Gaya artistik zaman Amarna berbeza daripada gaya-gaya yang lebih awal dalam pengertian bahawa imej-imej adalah lebih bersifat seakan-akan hidup, dan penaklukan memainkan satu peranan yang lebih kecil sahaja. Imej-imej Firaun sedang memukul seperti cara orang Asia (the PharaohSmiting Asiatics) itu bukan dalam semangat Atenisme. Akhenaten mungkin ingin diingati sebagai seorang yang sayang akan keluarga (a family man) lebih daripada seorang pahlawan. Menariknya, satu blok daripada kuil Aten yang digunakan sebagai isian (filling) pada satu pintu gerbang di Karnak mengandungi imej-imej ganjir yang menunjukkan Ratu Nefertiti "memukul" musuh-musuh yang malang.

Dia Tidak Sedar Tentang Situasi

Akhenaten mungkin tidak sedar sepenuhnya tentang situasi. Pendita-pendita dari kuil-kuil lama mungkin menyembunyikan maklumat dengan sengaja daripadanya bagi tujuan melemahkan pemerintahannya sehinggalah tiba pada satu tahap tertentu di mana order lama boleh ditegakkan semula.

Apa Yang Berlaku Selepas Kematiannya

Ada juga ketidakpastian mengenai peristiwa-peristiwa selepas kematian Akhenaten. Bukti menunjukkan bahawa dia pada asalnya dikebumikan dalam kubur diraja di Akhetaten, bersama-sama dengan anak perempuannya Meritaten, dan kemudian dia dipindahkan (oleh Tutankhamun?) ke satu lokasi lain, mungkin ke Lembah Raja-raja. Adalah mungkin bahawa selepas pengkebumian asalnya, mumianya dialihkan ke kubur KV55 di Lembah Raja-raja untuk melindunginya daripada serangan balas golongan anti-Aten. Adalah juga mungkin bahawa kuburnya di Lembah Raja-raja belum ditemui.

Apa Yang Berlaku Kepada Mumianya

Mumia Akhenaten tidak pernah dikenalpasti secara positif. "Calon" yang sangat mungkin untuk dikatakan mumianya ialah mumia yang ditemui di kubur KV55 di Lembah Raja-raja tetapi adalah sangat tidak mungkin bahawa tubuh ini adalah tubuh Akhenaten. Penyelidikan menunjukkan tubuh itu adalah tubuh seorang pemuda. Adalah lebih mungkin bahawa tubuh ini adalah tubuh Smenkhkare. Secebis lembaran emas (gold foil) yang mempunyai nama Smenkhkare telah dicuri apabila kubur itu dibuka, yang baru-baru ini muncul di Jerman yang kelihatan mengesahkan lagi identiti orang yang diperkatakan itu. Pengkebumian nampaknya diurus secara terburu-buru menggunakan satu keranda yang dibuat untuk seorang wanita. Panjang pemerintahan Smenkhkare mungkin memberi makna bahawa hanya ada sedikit waktu untuk membuat persiapan.

E-mail: 
malayworld@yahoo.com
Dunia Melayu 1998-2003 - https://ujid.tripod.com/history/akhenaten-misteri.html
Copyright (C) 1998-2003 Dunia Melayu. Hak cipta terpelihara.